CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4318|Reply: 0

[Selangor] 39 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan

[Copy link]
Post time 26-5-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode

Polis memeriksa kenderaan dalam dalam operasi khas samseng jalanan di Lebuh Raya Guthrie, di sini, bermula semalam hingga pagi ini. IHSAN PDRM

Sungai Buloh: Polis mengeluarkan 222 saman dan menyita 39 motosikal dalam operasi khas samseng jalanan di Lebuhraya Guthrie, di sini, bermula semalam hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, operasi berkenaan bermula 10 malam tadi hingga 8 pagi ini bagi membanteras samseng jalanan yang semakin berleluasa.

Menurutnya, dalam operasi ini, sebanyak 242 motosikal diperiksa dan 222 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Kebanyakan kesalahan yang dikesan membabitkan tiada lesen memandu selain 39 motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


"Seramai 15 penunggang motosikal berusia 17 hingga 26 tahun ditahan kerana memandu secara melulu dan membahayakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, saringan ujian air kencing terhadap seorang lelaki didapati positif dadah dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, kesemua tangkapan dan motosikal dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asi-samseng-jalanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.038603 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list