CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9534|Reply: 0

Dortmund sedia robek rekod sempurna Real - Terzic

[Copy link]
Post time 29-5-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode

Bintang veteran Borussia Dortmund, Marco Reus berlatih bersama rakan sepasukan di Dortmund semalam menjelang aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di London awal pagi Ahad ini. – Foto REUTERS

DORTMUND, Jerman: Borussia Dortmund boleh memecahkan rekod Real Madrid pada final Liga Juara-Juara apabila mereka bertemu pada aksi penentuan di Wembley awal pagi Ahad ini, kata jurulatih Edin Terzic.

Real menang semua lapan perlawanan akhir yang mereka harungi sejak Liga Juara-Juara menggantikan Piala Eropah pada 1992.

Mereka juga menang lima trofi Liga Juara-Juara dalam tempoh 10 musim terakhir bagi keseluruhan 14 mahkota kejuaraan Eropah.

Terzic berkata rekod memang untuk dipecahkan namun Dortmund perlu beraksi di tahap tertinggi mereka.


"Kami perlu percaya kami boleh meraih sesuatu yang besar," kata Terzic pada sidang akhbar semalam.

"Kami perlu memberikan segala-galanya untuk membawa pulang trofi itu kembali ke Dortmund. Ia sudah terlalu lama."



Jurulatih Borussia Dortmund, Edin Terzic memperkatakan sesuatu kepada pemain dan staf kejurulatihan ketika sesi latihan pasukan di Dortmund semalam. – Foto REUTERS

Dortmund menang kejuaraan itu pada 1997 dan layak ke final sekali lagi pada 2013, tewas di tangan Bayern Munich pada pertembungan sesama kelab Jerman.

"Perkara yang paling penting jika anda mahu memenangi Liga Juara-Juara anda perlu menundukkan juara," kata jurulatih itu. "Kini kami berdepan juara mutlak."

"Mereka mempunyai pengalaman ini 14 kali, menang lima kali dalam tempoh 10 tahun terakhir. Tetapi sasaran kami adalah memikirkan cara bagi satu perlawanan."

"Lapan final Liga Juara-Juara dan mereka tidak pernah kalah. Tetapi apa yang penting adalah bukan apa yang berlaku dalam lapan yang terakhir. Apa yang penting hanyalah perlawanan berikutnya. Inilah masa untuk memecah catatan mereka itu."

Dortmund berakhir di tangga kelima Bundesliga musim ini, mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... empurna-real-terzic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.047795 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list