CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 812|Reply: 0

De Zerbi semakin hampiri Old Trafford

[Copy link]
Post time 30-5-2024 11:59 AM | Show all posts |Read mode

DE ZERBI (kanan) mendahului senarai calon untuk menggantikan tempat Ten Hag di Old Trafford musim depan. - AFP

MANCHESTER – Bekas pengurus Brighton, Roberto De Zerbi kini disebut-sebut sebagai calon paling ideal menggantikan tempat Erik ten Hag sekiranya Manchester United memecat pengendali berusia 54 tahun dari Belanda itu.

Ia disebabkan falsafah permainan menarik yang diterapkan De Zerbi, 44, bersama Brighton sehingga berjaya melayakkan kelab itu beraksi di pentas Eropah, Liga Europa buat kali pertama dalam sejarah pasukan berkenaan.

Kecemerlangan itu dikatakan telah menarik minat pemilik bersama United, Sir Jim Ratcliffe yang mengawal operasi bola sepak di Old Trafford selepas membeli 27.7 peratus kepentingan dalam kelab tersebut tahun lalu.

Selain De Zerbi, beberapa nama lain turut dikaitkan antaranya bekas pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, Thomas Frank (Brentford) dan Thomas Tuchel (Bayern Munich) selepas Kieran McKenna hampir pasti kekal bersama Ipswich Town.

Difahamkan, Ten Hag masih lagi menanti keputusan sama ada beliau kekal mengendalikan The Red Devils musim depan meskipun berjaya menghadiahkan dua trofi dalam dua musimnya sejak dilantik daripada Ajax pada 2022.

Malah, kejayaan menewaskan Manchester City pada final Piala FA baru-baru ini juga dikatakan belum meyakinkan pengurusan tertinggi United yang kecewa dengan penamat akhir pasukan itu dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Sebagai rekod, United mengakhiri kempen di tempat kelapan yang mana ia adalah kedudukan terburuk dalam tempoh 30 tahun kelab itu sejak edisi 1989/1990. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... mpiri-old-trafford/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052236 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list