CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 666|Reply: 0

Adib miliki pakej lengkap

[Copy link]
Post time 30-5-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode

KEMAMPUAN Adib menarik perhatian Pan-gon. FOTO FAM

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya tampaknya sudah menemui pengganti sesuai di posisi sayap kiri di mana tonggak Penang FC, Muhammad Adib Abdul Ra'op dilabel permata baharu buat pasukan negara selepas ini.

Perkara itu diakui pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon yang meletakkan harapan tinggi di bahu pemain sayap kiri itu yang disifatkan memiliki segala ramuan dikehendaki oleh jurulatih dari Korea Selatan itu.

Katanya, beliau sudah mengikuti rapat perkembangan Adib sejak semusim lalu di mana baginya tonggak berusia 24 tahun itu mempunyai empat elemen iaitu kepantasan, kekuatan fizikal, agresif dan daya ketahanan tinggi.

"Mengenai Adib kami memerhati rapat daripada tahun lalu di mana dia bermain sebagai pemain sayap dan juga kadang kala bermain di pertahanan.


"Dia pemain cukup menarik di mana kami sememangnya mencari pemain seperti ini yang memiliki kepantasan, kekuatan, agresif dan 'endurance'.

"Dia sangat sesuai dengan falsafah permainan pasukan. Kita hanya perlu menunggu masa sesuai (melihat Adib menyerlah). Untuk dua tiga perlawanan musim ini (bersama Penang FC dalam Liga Super) dia bermain baik dan kita juga perlukan pemain di bahagian serangan.

"Bagi saya pemain seperti ini akan memberi banyak pilihan buat pasukan dan saya letakkan harapan tinggi kepadanya agar segera menyesuaikan diri dengan pasukan," kata Pan-gon.

Pengakuan jurulatih itu nyata memberi sedikit kelegaan buat kem negara yang sebelum ini kehilangan lima pemain di jentera hadapan ekoran kecederaan antaranya Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Romel Morales, Darren Lok dan Syafiq Ahmad.

Kehadiran Adib pastinya akan mengisi kekosongan ditinggalkan Faisal yang cukup sinonim di sayap kiri dan kemungkinan dia bakal menjadi pilihan Pan-gon apabila skuad negara turun menentang Kyrgyzstan dan Taiwan nanti.

Untuk rekod, Malaysia akan bertandang ke Bishkek untuk aksi dengan Kyrgyzstan pada 6 Jun ini sebelum pulang ke tanahair bertemu Taiwan di Bukit Jalil 11 Jun ini, dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Pan-gon turut mengakui pemain Terengganu FC, Engku Nur Shakir Engku Yacob juga tonggak harapan untuk menyerlah bersama skuad Harimau Malaya.

"Engku Shakir juga sejak dua musim lalu kita melihatnya. Dia juga agresif dan bijak mencuri ruang, ini peluang keemasan kepada mereka berdua untuk meningkatkan lagi prestasi mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... iliki-pakej-lengkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.046783 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list