CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8251|Reply: 0

Zhafri buru kap sulung antarabangsa

[Copy link]
Post time 1-6-2024 10:27 AM | Show all posts |Read mode

ZHAFRI berharap mampu kekal dalam skuad Harimau Malaya dan membuat penampilan pertama menjelang aksi bertemu Kyrgyzstan dan Taiwan nanti. - FB FAM

PEMAIN Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya tidak rela untuk sekadar hadir melengkapkan senarai latihan pusat dan mula bercita-cita besar untuk membuat penampilan pertama bersama skuad Harimau Malaya.

Zhafri dipanggil menyertai latihan pusat bagi menggantikan Syafiq Ahmad yang cedera dan kekal positif untuk melihat penyertaan kali ketiga ini sebagai detik terbaik buatnya mendapatkan kap sulung di pentas antarabangsa.

“Sudah lama, tahun ini saya pun sudah 30 tahun, tetapi saya serahkan semua ini kepada rezeki. Saya serahkan kepada keadaan (jika dipanggil lagi selepas ini) kerana jika ada peluang saya akan teruskan untuk pasukan.

“Saya percaya Kim Pan-gon dapat mencorakkan yang terbaik buat pasukan dan jika dapat peluang sudah pasti saya mahu berikan sehabis baik. Saya ada pengalaman di posisi tengah dan sayap, namun bergantung kepada jurulatih untuk letakkan saya di mana,” katanya.

Harimau Malaya kini sedang jalani fasa akhir latihan pusat dan dijadualkan berlepas ke Bishkek, Selasa ini bagi menghadapi aksi kelima Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan, Khamis ini sebelum menutup aksi bertemu Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Bagaimanapun, di sebalik harapan besar peminat untuk melihat Harimau Malaya layak sekali lagi ke Piala Asia ia turut dibayangi kehilangan beberapa tonggak utama.

“Tidak dinafikan ketiadaan mereka beri sedikit kesan cuma kita juga faham setiap orang ada masalah. Jurulatih juga pasti akan selesaikan masalah ini dan semestinya ini adalah peluang untuk pemain lain,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... ulung-antarabangsa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.048798 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list