CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4085|Reply: 0

Rodrygo dilapor berminat sertai Man City

[Copy link]
Post time 1-6-2024 02:18 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Real Madrid, Rodrygo dilapor berminat menyertai Manchester City apabila memuji juara Liga Perdana Inggeris berkenaan. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Manchester City berpeluang menyambar penyerang Real Madrid, Rodrygo yang memuji juara Liga Perdana Inggeris itu.

Skuad kendalian Pep Guardiola tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah di tangan gergasi Sepanyol itu, yang berpeluang melebarkan koleksi Kejuaraan Eropah kepada 15 gelaran sekiranya berjaya menewaskan Borussia Dortmund di Wembley awal pagi esok.

Menjelang aksi final itu, pemain Brazil, Rodrygo mengimbau perjalanan Los Blancos ke final dan memuji City sebagai antara pasukan terbaik di dunia.

Pujian menggunung itu mencetus spekulasi yang pemain 23 tahun berkenaan berminat untuk berpindah ke Etihad, walaupun media Sepanyol melaporkan Rodrygo mahu kekal bersama skuad kendalian Carlo Ancelotti.


Rodrygo memainkan peranan penting dalam kejayaan Real musim ini, meledak 17 gol dalam semua pertandingan dan melakukan sembilan umpanan gol. Dia berkongsi kedudukan teratas penjaring terbanyak Liga Juara-Juara musim ini dengan rakan sepasukan, Vinicius Jr.

Dia menandatangani kontrak baharu di Madrid pada November lalu yang hanya akan berakhir pada tahun 2028.

Namun ketibaan Kylian Mbappe pada musim panas ini menimbulkan persoalan tentang tahap pembabitan Rodrygo dalam kesebelasan utama Real musim depan.

Rodrygo biasa diturunkan di bahagian tengah serangan sepanjang musim, dengan Vinicius bermain di sayap kiri.

Posisi sayap tidak akan berubah dengan kehadiran Mbappe, tetapi ramai menjangka yang Rodrygo mungkin terpaksa melepaskan posisinya untuk bintang Perancis itu. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... nat-sertai-man-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050174 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list