CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 0

[Selangor] Hanya berbaki 245 keluarga miskin tegar di Selangor

[Copy link]
Post time 5-6-2024 05:29 PM | Show all posts |Read mode

Amirudin Shari pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Logo PLATS BIAYA di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. FOTO FAIZ ANUAR

Shah Alam: Selangor yakin dapat mengenalpasti golongan miskin tegar yang tercicir dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) menerusi kemaskini dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilakukan penduduk di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan statistik terkini eKasih, jumlah miskin tegar di Selangor hanya berbaki 245 keluarga.

"Jumlah miskin tegar ini campur (termasuk miskin bandar), pokoknya ini yang berdaftar dengan eKasih. Pastinya ada yang tercicir.

"(Jadi) dengan pendaftaran PADU, kita akan dapat mengenalpasti mereka yang tercicir selepas semua data dilengkapkan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Logo Platform Selangor (PLATS) BIAYA di Foyer Bangunan SUK di sini, semalam.


Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkaitan bagi membantu golongan miskin terutama miskin tegar di Selangor.

"Kita akan bantu kesemua mereka yang ada dalam senarai eKasih. Kalau kita cakap, semua orang miskin sudah habis, pasti orang tidak percaya.

"(Ini kerana) realitinya ada di sana sini sebab sebahagiannya baru bermula miskin, baru termasuk dalam kategori itu," katanya.

Dalam pada itu beliau yakin jumlah 245 keluarga miskin itu dapat dimuktamadkan bulan depan.

"Laporan pada Februari, daripada 7,000 keluarga tinggal 861 yang didaftarkan dan dapati mereka miskin mutlak ataupun miskin tegar memerlukan sokongan dan bantuan.

"Daripada 861 itu, kita melakukan semak silang semula dengan beberapa agensi dan jumlahnya menjadi 245.

"Hari ini dengan inisiatif kerajaan negeri, kita percaya menjelang Julai ini ...semua yang miskin tegar itu akan dihapuskan dengan formula yang kit sudah bantu," katanya.

Katanya, Sepang menjadi daerah pertama yang berjaya hampir 100 peratus keluar dari kemiskinan di Selangor.

Mengulas mengenai program pula katanya, skim PLATS BIAYA akan diberikan kepada mereka yang menyertai program khas PLATS, iaitu melalui program latihan usahawan atau dikenali sebagai U-PLATS.

"Pada peringkat awal, seramai 120 orang yang dipilih daripada keseluruhan peserta program, iaitu seramai 362 orang.

"Sebanyak RM3,000 akan diberikan sebagai pembiayaan yang dapat diselesaikan dengan bayaran ansuran dalam tempoh setahun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-tegar-di-selangor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.034742 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list