CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7739|Reply: 0

Pengendali Belgium enggan ulang kesilapan

[Copy link]
Post time 6-6-2024 09:59 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Belgium, Leandro Trossard menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi persahabatan menentang Montenegro di Stadium Baudoin King, Brussels. - Foto AFP



BRUSSELS: Pengendali Belgium, Domenico Tedesco berkata, dia mempelajari sesuatu yang berharga daripada kemenangan 2-0 ke atas Montenegro dalam aksi persahabatan menjelang Euro 2024.

Kevin De Bruyne membuka jaringan di Brussels untuk kap ke-100nya dan Leandro Trossard menyempurnakan penalti masa kecederaan.

"Saya banyak belajar hari ini dan dengan semua pertukaran yang saya buat, tetapi ia lebih sukar untuk mengekalkan struktur yang sama selepas rehat.

"Kami juga mengambil masa untuk menemui rentak, tetapi selepas 75 minit semuanya berjalan lancar," kata Tedesco.


Belgium bermula baik tetapi aksi cemerlang penjaga gol Montenegro, Matija Sarkic berjaya menafikan beberapa percubaan awal tuan rumah.

Bruyne membuat penampilan pertama untuk negaranya sejak kecederaan hamstring yang menyaksikan dia terlepas hampir separuh musim bersama Manchester City.

"Saya gembira dapat kembali. Ia tempoh yang sangat panjang. Saya gembira dapat bermain untuk kap ke-100 di Belgium.

"Ia permulaan yang baik dan seronok dapat menjaringkan gol. Kami berhak mendahului di babak pertama, tetapi selepas rehat, ia mula menjadi sukar dengan pertukaran dilakukan.

"Penting untuk mendapat rentak dan kelancaran dalam permainan. Saya juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri kerana sudah lama tidak bermain bersama pasukan ini," kata De Bruyne.

Tedesco mempunyai satu lagi aksi pemanas badan pada Sabtu sebelum Belgium berangkat ke Euro 2024.

"Untuk perlawanan menentang Luxembourg, (penyerang Romelu) Lukaku akan kembali bersama pasukan untuk mendapatkan minit permainan.

"Saya juga akan melakukan beberapa perubahan, tetapi kita lihat nanti. Saya tidak akan melakukan enam pertukaran ketika rehat lagi," katanya. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... gan-ulang-kesilapan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.075110 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list