CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2783|Reply: 0

[Selangor] ‘Buat pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil’

[Copy link]
Post time 6-6-2024 03:46 PM | Show all posts |Read mode

SEBUAH Mazda CX-5 yang dikatakan melanggar sepasang suami isteri yang menaiki motosikal di LPT1 pada Selasa lalu.

PETALING JAYA – Seorang wanita meminta pertolongan orang awam agar mencari pemandu sebuah Mazda CX-5 berwarna merah yang telah melanggar lari adik perempuannya dan suami di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), Selasa lalu.

Menurut hantaran tular di aplikasi X, kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal tersebut berlaku sekitar pukul 1.15 petang, kira-kira dua kilometer sebelum susur keluar Plaza Tol Gambang.

“Adik saya dan suami dilanggar oleh sebuah Mazda CX-5. Saya ingin meminta pihak yang terlibat agar menghubungi kami dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya.

“Kami berharap pihak yang terlibat ada rasa tanggungjawab terhadap kemalangan yang menimpa adik saya. Orang yang dilanggar itu bukan kuman kecil.

“Mohon sesiapa yang kenal pemilik atau pemandu untuk tampil ke hadapan. Semoga Allah SWT mudahkan urusan kita semua,” katanya.

Menurut wanita sama, keluarganya telah membuat laporan dan menyerahkan rakaman kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) kepada pihak berkuasa.

“Kami juga sudah serahkan segala butiran mengenai kenderaan tersebut kepada polis.

“Elok sahaja orang santai bawa motor, itu pun masih ada yang langgar. Tak pastilah (pemandu) main telefon atau mengantuk. Sudahlah langgar langgar orang, lari pula tu,” katanya kesal.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 36,000 tontonan dan 190 tanda suka di aplikasi X. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... anggar-kuman-kecil/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.031213 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list