CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2921|Reply: 0

[Selangor] Lelaki tampal bendera Israel didenda RM100

[Copy link]
Post time 6-6-2024 03:55 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KAJANG – “Saya tampal bendera Israel di kedai makanan segera itu sebab saya marah selepas ada keluarga saya meninggal dunia di Palestin.”

Itu kata seorang lelaki dalam rayuannya sebelum didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah meletakkan pelekat bendera Israel di sebuah restoran makanan segera bulan lalu.

Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz turut memerintahkan Tariq Hazim Mohd Yusri, 25, menjalani hukuman penjara sehari sekiranya gagal membayar denda.

Semasa prosiding, selepas rayuan itu dibuat Majistret Nurul Hafzan kemudian menasihatkan supaya tertuduh berfikir dahulu sebelum bertindak.

“Kamu kena fikir akibat perbuatan kamu itu, sebab kalau kamu buat begitu ia tidak akan menjadi keadaan yang lebih baik,” kata Majistret itu.

Mengikut pertuduhan, Tariq Hazim didakwa meletakkan pelekat bendera Israel, yang mana keamanan seorang pekerja wanita di sebuah restoran makanan segera mungkin terganggu di sebuah restoran makanan segera di Batu 10, Jalan Hulu Langat di sini pukul 4.42 petang pada 29 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Sementara itu, dalam rayuan untuk meringankan hukuman, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nabilla Rosli memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman denda minimum kerana lelaki itu yang bekerja sambilan hanya berpendapatan RM2,500 sebulan.

“Tertuduh perlu menanggung isteri yang tidak bekerja sementara ibu tertuduh mempunyai penyakit gout dan bapanya mempunyai penyakit jantung selain menanggung ibu mentuanya yang juga ibu tunggal. Tertuduh juga menyesal atas kesilapannya itu dan memohon maaf kepada semua pihak,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam serta sebagai pegajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... rael-didenda-rm100/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049065 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list