CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4265|Reply: 0

[Tempatan] Pesara kerajaan kerugian lebih RM129,000

[Copy link]
Post time 14-6-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Pesara kerajaan kerugian lebih RM129,000
Oleh Mohamad Fahd Rahmat - Jun 14, 2024 @ 10:28am
[email protected]



KLUANG: Pesara kerajaan kerugian sebanyak RM129,720 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa terkejut selepas didakwa sebagai senarai suspek yang akan ditangkap bagi kes pengubahan wang haram dan dadah.

"Pada 5 Jun lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali dan memperkenalkan diri sebagai pegawai MCMC.

"Mangsa kemudian diarahkan pula untuk berhubung dengan pegawai PDRM di Bukit Aman.


"Suspek memaklumkan segala aset serta wang dalam akaun bank milik mangsa akan dibekukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek telah mengarahkan mangsa untuk berkongsi segala maklumat perbankan bagi tujuan siasatan oleh Jabatan Audit, Bank Negara Malaysia.

Bahrin berkata, mangsa juga dikehendaki untuk memindahkan kesemua wang dalam akaun bank ke satu akaun bank milik mangsa.

"Pada hari yang sama hingga 7 Jun lalu, mangsa telah membuat pindahan wang ke salah satu akaun bank milik mangsa. Bagaimanapun, mangsa yang mula berasa curiga telah membuat semakan dengan pihak bank.

"Mangsa dimaklumkan terdapat 15 transaksi pindahan wang dari akaun mangsa ke akaun pihak ketiga yang tidak dikenali.

"Mangsa yang berasa tertipu dan mengalami kerugian sejumlah RM129,720 telah membuat laporan polis pada 11 Jun lalu," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.036082 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list