CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13816|Reply: 0

[Pulau Pinang] Menang atau kalah, kerajaan akan terus atasi isu air Sungai Bakap

[Copy link]
Post time 24-6-2024 03:59 AM | Show all posts |Read mode
Menang atau kalah, kerajaan akan terus atasi isu air Sungai Bakap


Nur Izzati Mohamad[email protected]




AKMAL Nasrullah Mohd Nasir. FOTO Arkib NSTP





Nibong Tebal: Kerajaan Perpaduan memberi jaminan akan meneruskan komitmen membantu penduduk Sungai Bakap mengatasi isu air yang membelenggu sejak beberapa tahun lalu biarpun tidak memilih calon dari Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, 6 Julai ini.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata beliau akan tetap turun semula ke Sungai Bakap untuk menyelesaikan masalah berkenaan selepas pilihan raya selesai demi tanggungjawab sebuah kerajaan bagi membantu rakyat.

"Bagi saya menang atau kalah (PRK Sungai Bakap) komitmen kita untuk bantu (penduduk) Sungai Bakap kita akan teruskan

"Kalau tak pilih calon kita jadi wakil rakyat pun saya bagi jaminan dekat orang Sungai Bakap, saya (akan) turun bantu.... Jangan risau, saya tak ugut (apatah lagi) sudah dapat kelulusan dasar (berhubung langkah-langkah mengatasi isu air Sungai Bakap).

"Cuma jika (pengundi Sungai Bakap) pilih wakil (kita) akan lebih (senang) untuk memahami keadaan (semasa) yang wakil kita boleh bantu (dari segi) memastikan pelan mitigasi (yang dirancang) mengikut masa ditetapkan dan dapat turun dengan saya untuk pastikan projek berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah yang juga Ketua Angkatan Muda PKR berkata, beliau menyedari bahawa lawan mereka daripada Perikatan Nasional (PN) kini menggunakan isu air sebagai modal kempen dan ada pemimpin parti berkenaan sebelum itu mempolitikkannya sehingga menjadi isu perkauman.

"Di sini (Sungai Bakap) kita akui ada cabaran nak pastikan air sampai kerana air ini bermula dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan bila nakdatang ke kawasan Seberang Perai Selatan jaraknya lebih 50 kilometer (km)

"Selepas itu, air bukan boleh terus sampai lagi ke sini (Sungai Bakap) dan dia (air) kena singgah masuk kawasan lain dulu antaranya kawasan industri.

"Ketika lawatan saya ke Pulau Pinang pada awal bulan satu (Januari lalu) ketika itu kerja-kerja penukaran injap yang menyebabkan bekalan air negeri ini terjejas sementara, Ketua Menteri (Chow Kon Yeow) telah menerangkan cabaran yang dihadapi. Pulau Pinang ada Pelan Kontingensi Air 2030 (WCP 2030), ada juga langkah mitigasi sedang dibuat dan kini menunggu hasrat Projek Air Perak Pulau Pinang direalisasikan," katanya.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah turut menjemput Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama pasukannya untuk turun bermain bola sepak Ahad depan dan berbincang apa jua isu rakyat termasuk isu berkaitan air.

"Ini jemputan terbuka buat Panglima Perang Kedah untuk beliau bersama pasukannya bermain bola sepak dengan kami dari PH.

"Selalu beliau marah dengan saya bila buat lawatan di Kedah tidak jemput beliau sekali tetapi kali ini saya nak jemput beliau (bermain bola sepak) dan kita bincang cara nak menyelesaikan masalah rakyat jelata," katanya.



Disiarkan pada: Jun 24, 2024 @ 12:59am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060586 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list