CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8690|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Calon PH, PN 'bertembung' ketika raih undi

[Copy link]
Post time 25-6-2024 10:43 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Calon PH, PN 'bertembung' ketika raih undi


Oleh Bernama - Jun 25, 2024 @ 8:53pm



Calon PH, Joohari (kanan) bersama calon PN, Abidin bertemu ketika berkempen di Pasar Malam Taman Puteri Gunung sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, hari ini. - Foto BERNAMA




NIBONG TEBAL: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang memasuki hari keempat hari ini, menyaksikan 'pertembungan' antara calon yang bertanding di Pasar Malam Puteri Gunong, di sini.

Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal`, Abidin Ismail yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dilihat bertemu apabila hadir bagi merayu undi masyarakat Sungai Bakap di pasar berkenaan.

Kedua-dua calon yang sibuk bertemu dengan pengundi termasuk peniaga dan pengunjung pasar tersebut, turut sempat berjabat tangan serta mengambil gambar bersama sebelum meneruskan sesi berkempen masing-masing pada jam 6 petang tadi.

Joohari ketika ditemui media menzahirkan perasaan seronok atas pengalaman yang menurutnya baharu apabila berjumpa dengan calon dan juga jentera PN.

"Kita okey je, kita berkawan dan bersaing secara sihat. Ketika bertemu (Abidin), saya beritahu kita fokus kepada isu masyarakat dan tidak perlu membawa isu provokasi," katanya.

Sementara itu, Abidin yang menyifatkan pertembungan tersebut sebagai 'luar jangka' dan menerima positif pertemuan itu, berkata sambutan orang ramai juga khususnya kaum Cina dan India sepanjang kempen setakat ini dilihat sangat baik.

Beliau turut memaklumkan antara isu yang sering diterimanya sepanjang berkempen bertemu masyarakat adalah masalah gangguan lalat, justeru berjanji akan membawa isu itu kepada pihak berwajib sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

Joohari dan Abidin bersaing dalam pertandingan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap, 6 Julai ini yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding Sabtu lepas hingga 11.59 malam, 5 Julai.

Kerusi DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.244324 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list