CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9045|Reply: 0

[Perlis] UiTM Perlis anjur program kecergasan fizikal, mental

[Copy link]
Post time 25-6-2024 10:48 PM | Show all posts |Read mode
UiTM Perlis anjur program kecergasan fizikal, mental


Jun 25, 2024 @ 10:28pm



Barisan panel forum "Beyond the Screen: Social Media, Fitness and Mental Health" bergambar bersama peserta. Gambar ihsan UiTM Perlis




ARAU: Menyedari pengetahuan mengenai kecergasan, kesihatan fizikal dan mental kurang dititikberatkan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis mengambil langkah proaktif menganjurkan Program FitComm Day 2.0 yang mengupas isu berkenaan, baru-baru ini.

Program anjuran pelajar Ijazah Sarjana Sukan dan Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Kecergasan semester tiga, lima dan enam itu adalah susulan sambutan penganjuran acara sama tahun lalu.

Wakil penganjur, Mohamad Lutfi Shamsuddin, berkata program ini menggabungkan nilai kesihatan fizikal dan mental serta membuka peluang kepada komuniti setempat untuk sama-sama belajar dan mengetahui tahap kesihatan mereka.

"Antara tarikan utama program ini adalah pengendalian aktiviti aerobik and 'chairaerobics' yang memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kemampuan untuk beraerobik walaupun berkerusi.

"Kami turut menyediakan reruai yang berkongsi maklumat mengenai pemakanan sihat juga pelbagai aktitivi kecergasan," katanya.

Menurutnya, penganjuran program kali ini bagaimanapun diberi nilai tambah dengan pelaksanaan forum dengan tema, sedikit berbeza dengan penambahan forum dengan tema "Beyond the Screen: Social Media, Fitness and Mental Health".

Katanya, forum itu diadakan selari dengan perkembangan semasa yang menyaksikan penggunaan telefon pintar menjadi sebahagian daripada kehidupan sekali gus menyebabkan pengabaian kepada kesihatan fizikal dan mental.

Hal ini tambahnya mampu mempengaruhi cara hidup seseorang individu.

"Forum ini, menampilkan barisan panel dengan kepakaran dalam bidang masing-masing antaranya Dr Syamsul Hirdi, seorang ahli akademik yang mempunyai latar belakang yang cukup sinonim dengan dunia industri kreatif, komunikasi dan juga teknologi.

"Panel lain termasuk Sharifah Aini Yusoff, Pegawai Psikologi dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, manakala seorang lagi adalah pempengaruh dalam bidang kesihatan dan kecergasan yang juga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Cawangan Perlis, Akmal Hazim Mohd Azmi," katanya.

Mohamad Lutfi berkata, semua aktiviti yang dijalankan sempena program itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelajar dan penduduk berdekatan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.043271 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list