CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59968|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JKDM terima 20 APD banteras seludup dadah

[Copy link]
Post time 20-7-2024 07:44 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin mengadakan lawatan ke Unit K-9, Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat JKDM, Jijan, Nilai. FOTO Ihsan Kastam


Nilai: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerima 20 Anjing Pengesan Dadah (APD) baharu jenis jenis German Shepherd dan Labrador dari India dalam usaha membanteras penyeludupan dadah.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, beliau mengadakan lawatan ke Unit K-9, Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat JKDM, Jijan, di sini, kelmarin bagi meninjau dan mendengar taklimat.

Menurutnya, lawatan turun padang ini dibuat bagi meninjau pengoperasian dan keadaan bangunan pejabat di sini, di samping meninjau tempat penyimpanan APD milik JKDM termasuk 20 anjing pengesan dadah yang baru diterima oleh bagi membanteras sindiket penyeludupan pengedaran dadah di negara ini.

"Saya turut diberikan taklimat ringkas oleh jurulatih profesional dari India yang pakar melatih anjing dengan latihan khas bagi penugasan khusus untuk mengesan dadah.

"APD ini juga bakal dikendalikan oleh 20 orang anggota JKDM dari seluruh Malaysia yang menjalani latihan intensif bagi mengendalikannya secara profesional dan terlatih sebelum mereka menjalankan tugas di lapangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berpeluang untuk membuat pemeriksaan terhadap keadaan kenderaan pacuan empat roda (4WD) bagi kegunaan membawa APD yang dilengkapi dengan sangkar anjing berserta kabin dan sistem pengudaraan untuk memastikan keselamatan anjing jabatan adalah terjamin sepanjang tempoh pelaksanaan operasi pengesanan dadah.

"Sebagai Ketua Pengarah Kastam, saya perlu memastikan semua aset-aset jabatan, termasuk APD diurus mengikut tatacara yang digariskan, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 4.4 berkenaan Tatacara Pengurusan Aset Hidup Haiwan.

"Tinjauan ini turut memberi peluang kepada warga jabatan di lapangan untuk berinteraksi dan memberi maklum balas secara langsung kepada pihak pengurusan tertinggi jabatan di samping berkongsi beberapa informasi serta kekangan yang dihadapi di pejabat yang terbabit," katanya.

Beliau berkata, semoga seluruh warga JKDM dapat terus memikul amanah yang digalas dengan penuh dedikasi di samping menerapkan budaya cekap, tangkas dan berintegriti ke dalam diri masing-masing demi menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat serta negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 121193 Replies : 3405
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27247 Replies : 23
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21394 Replies : 42
Ramai antara pesakit diebetes yang mengikuti modul rawatan saya telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih-Dr Siti Juariah Kusni(Dr. Jue).Anda nak coba?
YgBenarRamai antara pesakit diebetes yang mengi
Views : 3128 Replies : 6
Miss Universe Malaysia 2024
fadz84Miss Universe Malaysia 2024
Views : 49040 Replies : 167
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39628 Replies : 618
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97409 Replies : 5163
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 28772 Replies : 3
CEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,kesan boikot
YgBenarCEO Nestlé ditukar, prestasi merudum,ke
Views : 42775 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 56084 Replies : 508

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.275577 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list