CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19671|Reply: 0

[Johor] ETS ke Segamat dijangka Oktober ini

[Copy link]
Post time 23-7-2024 06:35 AM | Show all posts |Read mode

ANTHONY Loke (empat kanan) melancarkan Karnival Keretapi Go Go Go di Segamat. FOTO Ahmad Ismail


Segamat: Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik (ETS) Gemas-Segamat sudah 95 peratus siap.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata, ia dijangka boleh digunakan sepenuhnya awal Oktober ini, sekali gus membolehkan Perkhidmatan ETS dihubungkan dari Padang Besar, Perlis ke Segamat, Johor.

"Projek ini berjalan lancar dan kita pastikan dalam secepat mungkin ia dapat menyediakan perkhidmatan ETS kepada masyarakat hingga ke Segamat dahulu," katanya ketika berucap di Karnival Keretapi Go Go Go di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa juga Ahli Parlimen Sekijang; ADUN Jementah, Ng Kor Sim; Yang Di Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Mohd Helmi Datuk Shari @ Shangari; dan Timbalan Ketua Polis Segamat, Deputi Superintendan Ng Swee Chait.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ketika ini perkhidmatan ETS hanya ada di laluan Padang Besar, Perlis ke Kuala Lumpur hingga ke Gemas yakin akan sentiasa mendapat sambutan kelak arah Segamat pula, nanti.

"Untuk selatan pula, ia kini hanya perlu diperlengkapkan. Saya harap sedikit masa lagi dapat melengkapkan maka perkhidmatan itu boleh diakses sepenuhnya pada tahun 2015," katanya.

Beliau berkata, mereka juga merancang untuk menambah jumlah gerabak ETS di laluan berkenaan namun ia tertakluk kepada permintaan khidmat pelanggan.

"Sudah pasti (beberapa gerabak ETS) kita melihat itu mencukupi buat permulaan dan saya melihat potensi membawa penumpang ini adalah mod pengangkutan kini yang popular.

"Kita ada pelbagai perancangan antaranya berkait rapat sektor pelancongan termasuk di Segamat," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057962 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list