CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20279|Reply: 1

[Pulau Pinang] Warga Pakistan sewa rumah mewah elak dikesan

[Copy link]
Post time 24-7-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Warga Pakistan sewa rumah mewah elak dikesan


Zuhainy Zulkiffli[email protected]




RUMAH sewa mewah yang disewa sekumpulan warga Pakistan, diserbu Jabatan Imigresen Pulau Pinang. FOTO Ihsan Jabatan Imigresen Malaysia





Butterworth: Sewa kediaman mewah. Begitu taktik sekumpulan warga Pakistan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, namun tindakan itu apabila kediaman mereka diserbu, di sini, semalam.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang dalam kenyataan berkata, empat lelaki berusia 30 hingga 45 tahun itu ditahan kerana didapati tinggal lebih masa dan tiada pas perjalanan yang sah.

"Siasatan mendapati mereka menyewa kediaman itu pada kadar RM1,200 sebulan dan beranggapan tindakan penguatkuasaan hanya akan dilakukan di kawasan perumahan biasa serta rumah kongsi.

"Pihak imigresen akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pemilik kediaman dan tindakan selaras peruntukan undang-undang akan diambil," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, pihaknya turut menahan enam warga Myanmar berusia 25 hingga 35 tahun yang juga pekerja kedai makan di Paya Terubong, Georgetown.

Menurutnya, semakan mendapati masing-masing tidak memiliki pas yang sah.

"Semasa pemeriksaan dijalankan terdapat cubaan melarikan diri, namun kesiapsiagaan anggota operasi berjaya menahan warga asing terbabit.

"Kesemua tangkapan dibawa ke depot imigresen bagi tindakan lanjut," katanya.



Disiarkan pada: Julai 24, 2024 @ 11:27am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 12:42 PM | Show all posts
Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 membawa hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kalau ada 20,000 orang pati x RM30,000= RM ?
Kalau mereka terus duduk beberapa tahun as pati, jumlah yang sama diorang hantar balik kampung. Ini bukan kira smooth rompak kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.101359 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list