CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19383|Reply: 0

[Kedah] Pemuda lupakan cita-cita jadi polis selepas diuji kanser tulang, paru-paru

[Copy link]
Post time 24-7-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Pemuda lupakan cita-cita jadi polis selepas diuji kanser tulang, paru-paru


Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Pengerusi CSM, Zuraini Kamal (kiri) melihat keadaan Muhammad Esma Danial Mulyadi, 22, yang menghidap kanser tulang dan kanser paru-paru. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI





Alor Setar: Cita-cita mahu menjadi anggota polis sejak kecil terpaksa dilupakan Muhammad Esma Danial Mulyadi, 22, selepas dia disahkan menghidap kanser tulang sejak empat tahun lalu.

Malah dia juga terpaksa menolak tawaran melanjutkan pengajian di universiti serta kerja dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya menjalani semua rawatan di hospital termasuk enam pusingan kemoterapi tetapi apakan daya, kanser ini terus menyerang ke paru-paru," katanya.

Menurutnya, dia mula dikesan kanser tulang sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020.

Katanya, dia menyedari terdapat ketulan sebesar biji guli di bawah lutut menyebabkan dia pergi mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik berhampiran rumahnya di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, di sini.

"Namun, bengkak di kaki kiri ini terus membesar dan sakit menyebabkan saya tidak dapat berjalan.

"Disebabkan itu saya terus ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan doktor mengesyorkan supaya menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnet (MRI) dan mendapati terdapat ketumbuhan di kaki kiri," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Menurut Muhammad Esma Danial, dia kemudian perlu dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan menjalani pembedahan memasukkan besi pada tulang paha kaki kiri.

Katanya, selepas selesai menjalani rawatan dan kemoterapi, doktor memaklumkan sel kanser pada tulang kakinya itu berkurangan menyebabkan dia gembira mendengarnya.

"Sepanjang menjalani rawatan itulah saya sempat memohon pekerjaan dan tidak menyangka dapat tawaran kerja sebagai polis.

"Malah saya juga mendapati tawaran melanjutkan pengajian di universiti tetapi disebabkan keadaan kesihatan saya yang tidak menentu ketika itu, saya terpaksa menolak," katanya.

Namun tahun lalu, dia berasa tidak sedap hati apabila kerap batuk tetapi mulanya menyangka hanya batuk biasa.

Katanya, namun lama kelamaan, batuk yang dihidapinya itu semakin teruk menyebabkan dia pergi menjalani pemeriksaan di hospital.

"Doktor mengesahkan saya menghidap kanser paru-paru dan hasil pemeriksaan mendapati, paru-paru saya sudah dipenuhi air," katanya.

Muhammad Esma Danial berkata, dia perlu menjalani enam kali pusingan kemoterapi di HPP dan setakat ini, dia baru dua kali menjalani rawatan itu.

Katanya, masih ada empat pusingan kemoterapi yang perlu dilakukan di HPP

menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berulang alik ke Pulau Pinang dua minggu sekali.

"Emak saya, Zartaj Begam Mohd Din, 52, tidak bekerja dan kami sekeluarga hanya bergantung pada ayah, Mulyadi Elias, 54, yang hanya peniaga pasar malam.

"Pendapatan ayah bergantung pada hasil jualan yang diperoleh. Kalau ada duit lebih, adalah duit untuk tampung kos perjalanan dan rawatan saya di hospital," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun 0210041000368551 (Bank Simpanan Nasional) atas nama Muhammad Esma Danial Mulyadi.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal menziarahi pesakit itu dan menghulurkan sumbangan wang tunai untuk meringankan penderitaan yang dihidapinya.



Disiarkan pada: Julai 24, 2024 @ 1:13pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.205465 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list