CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35427|Reply: 0

[Sarawak] Jambatan runtuh jejaskan 10 rumah panjang, dua sekolah di Ulu Sut Kapit

[Copy link]
Post time 24-7-2024 03:28 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan jambatan kayu balak tersebut selepas ia runtuh.

KAPIT: Sebuah jambatan kayu balak yang menghubungkan sekitar 10 buah rumah panjang dan dua sekolah di Ulu Sut, Kapit, runtuh pada hari Rabu lalu, menyebabkan penduduk setempat mengalami kesukaran dalam urusan harian mereka.

Jambatan yang telah dibina sejak awal 1990-an itu berada dalam keadaan uzur sebelum runtuh.

Akibat kejadian ini, murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ng Antaroh dan SK Ng Balang juga tidak dapat hadir ke sekolah kerana bimbang akan keselamatan diri ketika melintasi Sungai Sut yang bahaya.

Selain itu, penduduk juga terpaksa bergantung kepada perahu dan van sewa untuk mendapatkan bekalan dan barangan keperluan dari pasar Kapit, yang menyulitkan kehidupan harian mereka.

Tr Ballin Jampong, seorang penduduk tempatan, meluahkan rasa kecewa dan memohon agar pihak berkuasa segera membina jambatan baru.



Tr Ballin

"Kami kini terputus hubungan dan terpaksa menggunakan perahu untuk urusan harian.

“Keadaan ini telah menyulitkan kehidupan seharian kami dan kami memohon agar kerajaan segera membina jambatan baru," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, sumber Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa laluan jambatan tersebut bukan dibina di atas jalan kerajaan dan tiada jambatan alternatif di kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah mencadangkan pembinaan jambatan baru tidak jauh dari di Rh Emak, yang kini dalam proses tender.

Katanya, pihak pejabat Residen juga telah melawat lokasi kejadian dan langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan memasang pita keselamatan untuk menghalang penggunaan laluan yang tidak selamat.

Selain itu, beliau memberitahu pekerja syarikat pembalakan yang beroperasi di kawasan itu juga berjanji untuk membina jambatan baru.


Wakil pihak JKR juga berada dilokasi untuk memantau keadaan serta memberi khidmat nasihat dan teknikal.

Namun, tiada kepastian mengenai sama ada janji tersebut akan ditunaikan dalam masa terdekat.

Justeru, penduduk berharap agar pihak berwajib dan syarikat pembalakan menunaikan janji mereka dengan segera bagi memulihkan akses penting yang diperlukan untuk kehidupan seharian mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.066525 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list