CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40021|Reply: 0

[Sarawak] KPM luluskan 391 bina semula bangunan sekolah daif di Sarawak

[Copy link]
Post time 24-7-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan 391 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif berskala enam dan tujuh di Sarawak, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Beliau berkata status terkini pelaksanaan projek itu sehingga 12 Julai ini menyaksikan 249 projek dalam fasa disiapkan, 49 projek pada fasa pembinaan manakala 93 projek di peringkat pra-bina.

"Berdasarkan data KPM sehingga Jun lepas terdapat 555 sekolah yang mempunyai bangunan daif di Sarawak, dan daripada jumlah itu 361 berskala enam (tidak sesuai digunakan) manakala 194 sekolah berskala tujuh (tidak selamat digunakan).

"Data sekolah yang mempunyai bangunan daif adalah bersifat dinamik dan akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan bangunan," katanya semasa menjawab pertanyaan Senator Abun Sui Anyit yang ingin tahu projek pemulihan dan naik taraf sekolah daif di Sarawak, pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Wong berkata KPM juga telah mengemukakan permohonan menaik taraf atau pembinaan gantian bangunan daif bagi 19 sekolah di Sarawak kepada agensi pusat dalam Rolling Plan Kelima (RP5 2025) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.047664 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list