CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17783|Reply: 0

[Sabah] Konsep PBS 2.0, usaha remajakan parti

[Copy link]
Post time 26-7-2024 07:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-7-2024 11:24 PM



PEMUDA: Joniston (tengah) mahu Sayap Pemuda PBS berada di barisan hadapan kukuhkan parti.

KOTA KINABALU: Inisiatif cadangan konsep Parti Bersatu Sabah (PBS) 2.0 disifatkan sebagai usaha baharu untuk meremajakan parti yang berusia 39 tahun.

Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai mencadangkan konsep PBS 2.0 sebagai visi jelas untuk masa depan parti.
Katanya, konsep berkenaan juga bagi mengubah persepsi PBS  sebagai 'parti orang tua'.

Menurutnya, PBS harus dipandang sebagai parti yang mempelopori usaha menuntut hak-hak negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan dalam Perlembagaan.

"Kita harus memanfaatkan sejarah dan legasi PBS sebagai asas kukuh untuk memajukan dan mengembangkan lagi matlamat serta hala tuju parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pandangan mengenai ‘The Way Forward For PBS’ pada Seminar Platform Politik Anak Muda PBS di sini Selasa lepas.

"Mungkin sudah tiba masanya kita mempertimbangkan PBS 2.0 sebagai usaha untuk benar-benar meremajakan parti agar kekal relevan.

"Ia juga bagi memastikan kita tidak ketinggalan tetapi sebaliknya memimpin menerusi amalan politik yang inovatif," jelasnya.

Joniston turut mencadangkan agar Sayap Pemuda PBS menerajui usaha merangka strategi yang praktikal serta boleh dilaksanakan dengan objektif dan sasaran yang boleh dicapai dalam proses meremajakan parti.

"Sebagai pemimpin masa depan PBS, ahli Sayap Pemuda parti wajar berada di barisan hadapan dalam usaha mengukuhkan lagi parti dan menarik lebih ramai ahli, terutama dalam kalangan generasi muda," katanya.

Beliau berpendapat, konsep PBS 2.0 harus mewakili komitmen ahli terhadap pemodenan, keterangkuman, dan inovasi, sejajar dengan keperluan dan kepimpinan semasa.

Menurutnya, inisiatif itu harus merangkumi strategi digital yang komprehensif, pemodenan strategi kempen, pemerkasaan belia dan wanita, dan yang paling penting, penglibatan generasi pengundi baharu.

"Saya melihat PBS 2.0 sebagai ‘call to action’ untuk semua ahli. Ia bukan sekadar pelan tetapi penggerak ke arah yang lebih cerah untuk parti kita, dan bagi saya, inilah pendekatan terbaik untuk masa depan PBS,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya penyertaan aktif dari semua ahli untuk merealisasikan konsep iaitu belia dan wanita boleh membantu merangka pelan pemodenan yang berkesan untuk parti.

Seminar itu dihadiri oleh ahli exco parti yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Christopher Mandut dan ketua-ketua pemuda bahagian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.347781 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list