CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18675|Reply: 0

[Sarawak] Jambatan balak runtuh di Nanga Antaroh: Laluan alternatif akan dibuka

[Copy link]
Post time 26-7-2024 07:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-7-2024 11:34 PM



Jambatan balak yang runtuh merentasi Sungai Antaroh di Nanga Antaroh, Baleh, Kapit.
SIBU: Laluan alternatif akan dibuka sementara menunggu pembinaan semula jambatan balak yang runtuh merentasi Sungai Antaroh di Nanga Antaroh, Baleh, Kapit.

Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika mengesahkan perkata itu berkata, sebuah syarikat pembalakan akan mengambil langkah untuk membina semula jambatan tersebut.

Katanya, jambatan tersebut telah runtuh pada awal minggu ini, menyebabkan terputusnya hubungan antara Nanga Antaroh dan Ulu Ga’at.

Jambatan tersebut merupakan laluan penting bagi murid-murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Antaroh dan SK Nanga Balang serta penduduk tempatan seperti penghuni rumah panjang dari Rumah Jugah, Rumah Belikau dan Rumah Johnny.


NANTA

Menurut Nanta, alternatif akan diusahakan bersama Pejabat Residen dan Daerah Kapit sekiranya pembinaan semula oleh syarikat pembalakan tersebut tidak dapat dilakukan segera.

"Pejabat Residen dan Daerah Kapit serta agensi kerajaan lain telah melawat dan memantau keadaan di sana.

“Sekiranya jambatan itu tidak dapat dibina semula dalam masa terdekat, kita akan mencari alternatif untuk membantu mereka yang terjejas," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Nanta, jambatan balak tersebut telah lama digunakan sebagai laluan utama untuk mengangkut kayu balak dari pedalaman Ulu Ga’at ke Kapit.

Katanya, walaupun industri pembalakan kini berkurangan, namun ia masih digunakan oleh masyarakat tempatan dan beberapa syarikat pembalakan.

Justeru, beliau berharap pembinaan semula jambatan tersebut, hubungan dan akses bagi penduduk Nanga Antaroh dan kawasan sekitarnya akan kembali pulih.

Tambahnya, ini sekali gus dapat memudahkan pergerakan mereka dan memastikan aktiviti harian dapat dijalankan dengan lancar.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.135529 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list