CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17206|Reply: 0

[Sabah] Murid Tahun Empat meninggal disebabkan keracunan makanan

[Copy link]
Post time 26-7-2024 02:41 PM | Show all posts |Read mode


RAISIN

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengesahkan seorang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rimba Sandakan meninggal dunia selepas keracunan makanan 25 Julai lalu.

Pengarahnya, Datuk Raisin Saidin berkata, kejadian itu bagaimanapun bukan disebabkan makanan dari kantin sekolah tetapi kesan selepas memakan makanan di rumah bersama ibu murid berkenaan.

“Pada 23 Julai lalu, guru kelas dimaklumkan bahawa murid berkenaan tidak dapat hadir ke sekolah kerana keracunan makanan melalui aplikasi Whatsapp dan murid terbabit diberi cuti sakit selama dua hari bermula 23 hingga 24 Julai selepas mendapatkan rawatan di klinik.

“Guru kelas dimaklumkan oleh keluarga murid bahawa anak mereka tiba-tiba pengsan pada malam hari Rabu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah dibawa ke hospital.

“Keesokan harinya, pada jam 7 pagi 25 Julai guru kelas dimaklumkan oleh waris murid bahawa anak mereka sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, guru besar bersama beberapa orang guru kemudian melawat jenazah di rumah nenek murid di Kampung Tinusa pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil dapatan kejadian ini mendapati, murid terbabit keracunan makanan di rumah bersama ibunya berikutan ibu murid turut dimasukkan ke wad.

“Kejadian keracunan makanan ini juga bukan disebabkan oleh makanan dari kantin sekolah memandangkan ia melibatkan seorang murid sahaja tambahan pula murid bersama ibu mengalami keracunan makanan pada hari yang sama di rumah.

“Murid-murid lain juga tidak mengalami sebarang simtom keracunan makanan pada hari yang sama sehingga hari Jumaat,” katanya.

Menurutnya, JPN Sabah melalui Pejabat Pendididkan Daerah (PPD) Sandakan akan membantu keluarga mangsa untuk tuntutan insurans takaful.

“JPN Sabah juga akan membuat laporan lengkap kes apabila semua siasatan selesai dijalankan  oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sandakan,” katanya.

Kejadian keracunan makanan ini adalah kali kedua membabitkan murid sekolah di Sabah selepas kes pertama membabitkan 103 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya selepas memakan nasi lemak di sekolah berkenaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.062176 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list