CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16658|Reply: 0

[Sarawak] 1,500 sukarelawan bertugas pada SUKMA Sarawak 2024

[Copy link]
Post time 26-7-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-7-2024 07:25 AM



Felicia ditemui pemberita selepas sesi temu bual dengan Red FM pada Khamis.

KUCHING: Seramai 1,500 sukarelawan yang akan bertugas semasa Sukan Para Malaysia (SUKMA XXI) Sarawak 2024 akan menjalani latihan komprehensif menerusi dua siri selepas ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datu Felicia Tan Ya Hua berkata, latihan komprehensif ini diadakan bagi memastikan kesiapsiagaan semua sukarelawan yang terlibat.

Menurutnya, daripada 1,500 sukarelawan ini, terdapat sukarelawan telah menerima latihan, khususnya yang berpangkalan di Kuching, manakala selebihnya merupakan rekrut baharu yang telah mendaftar dengan Jabatan Belia dan Sukan.

"Untuk latihan asas sukarelawan, Para SUKMA XXI akan mempunyai dua siri.

"Siri latihan pertama dijadualkan dari 31 Ogos hingga 1 September dan yang kedua akan menyusul dari 7 hingga 8 September depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi temu bual dengan Red FM pada Khamis.

Selain itu, Felicia menggesa semua penyokong khususnya rakyat Sarawak memberi sokongan penuh kepada atlet Para SUKMA bagi merampas kembali kejuaraan bagi Sarawak.

"Tahun ini, Sarawak menyasarkan untuk memastikan kejuaraan dengan semangat 'Agi Hidup, Agi Ngelaban'," katanya.

Para SUKMA Sarawak 2024 akan berlangsung dari 21 hingga 28 September depan di pelbagai venue di Kuching.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.103801 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list