CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8455|Reply: 5

[Tempatan] Arwah kakak teruja nak masuk politeknik

[Copy link]
Post time 27-7-2024 12:36 AM | Show all posts |Read mode
KES

'Arwah kakak teruja nak masuk politeknik'

July 26, 2024 @ 6:10pm

Muhamad Lokman Khairi
[email protected]



Shahrel Azwan (kiri) dan isterinya, Norizad menunjukkan gambar anak mereka, Norkiasatina Najwa yang maut akibat digilis kereta dalam kemalangan di Jalan Ipoh-Lumut, dekat Ipoh, kelmarin. Foto NSTP/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.


TELUK INTAN: Hasrat seorang remaja perempuan melanjutkan pelajaran ke politeknik tidak kesampaian apabila dia maut digilis kereta selepas terjatuh ke jalan apabila motosikal dinaikinya terlanggar lubang di Jalan Ipoh-Lumut, dekat Ipoh, kelmarin.

Norkiasatina Najwa Shahrel Azwan, 18, sepatutnya mendaftar masuk ke Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, dekat Tanjung Malim Isnin ini.

Bapanya, Shahrel Azwan Sulaiman, 45, berkata anak sulung daripada empat beradik itu sangat teruja kerana mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) di politeknik itu.

Dia yang bertugas sebagai kakitangan Penjara Tapah berkata, mereka sekeluarga masih bersedih dengan pemergian mengejut Norkiasatina Najwa yang mesra dipanggil 'kakak' dalam kalangan ahli keluarga.


"Arwah seronok nak masuk politeknik dan sambung belajar. Barang keperluan termasuk baju baharu pun saya dah beli.

"Saya dan isteri (Norizad Md Yusof, 45 yang bertugas sebagai guru) juga masing-masing sudah mengambil cuti untuk menghantar anak kami sambung belajar.

"Tak pernah terbayang dalam fikiran... kami akan kehilangan dengan cara begini, ...bagaimanapun kami reda dengan ketentuan Allah," katanya ditemui di Kampung Bahagia, hari ini.

Bercerita lanjut, Shahrel Azwan berkata, ketika kejadian, anaknya itu keluar menemani rakan perempuan dengan menunggang motosikal berasingan.

"Saya dapat tahu mengenai kemalangan terbabit melalui panggilan telefon daripada abang saya yang memaklumkan pegawai polis datang ke rumah keluarga di Padang Tembak, Teluk Intan untuk mencari waris.

"Saya dan isteri terus bergegas ke Hospital Batu Gajah untuk proses pengecaman dan pengurusan jenazah anak kami pada petang Rabu.

"Jenazah kakak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bahagia, semalam," katanya.

Sementara itu, Norizad memohon bantuan pengguna jalan raya yang kebetulan melalui lokasi kejadian serta mempunyai rakaman papan pemuka atau 'dashcam' supaya sudi menjadi saksi bagi membantu siasatan polis.

Ditanya sama ada akan mengambil tindakan terhadap pihak berwajib berhubung keadaan jalan berlubang yang menjadi antara punca kemalangan yang meragut nyawa anak mereka, Shahrel Azwan berkata, setakat ini mereka belum berfikir mengenai perkara itu dan mahu menyelesaikan urusan sijil kematian terlebih dulu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.05 tengah hari membabitkan mangsa yang berusia 18 tahun yang menunggang motosikal dan seorang wanita berusia 40 tahun memandu kereta.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 menuju ke Batu Gajah dari Ipoh.

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa terlanggar lubang di bahu kiri jalan kemudian hilang kawalan. Mangsa kemudian terjatuh di jalan dan digilis kereta.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan," katanya.


https://www.bharian.com.my/amp/b ... ak-masuk-politeknik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2024 12:44 AM | Show all posts
Maut terlanggar lubang: Hasrat anak belajar di politeknik tidak kesampaian

Mohamad Hafizi

July 26, 2024



Shahrel Azwan Sulaiman, 45, dan isterinya Norizad Md Yusof, 45, menunjukkan gambar anak sulung mereka Allahyarhamah Norkiasatina Najwa Shahrel Azwan, 18, yang meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar lubang lalu hilang kawalan sebelum digilis sebuah kereta di Lebuhraya Ipoh-Lumut, Rabu lalu ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Bahagia. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 JULAI 2024.


TELUK INTAN – Hasrat seorang remaja perempuan untuk menyambung pelajaran ke Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) tidak kesampaian apabila meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Ipoh-Lumut, Rabu lalu.

Allahyarhamah Norkiasatina Najwa Shahrel Azwan, 18, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar lubang lalu hilang kawalan sebelum digilis sebuah kereta.

Bapanya Shahrel Azwan Sulaiman, 45, berkata, anak sulung daripada empat beradik itu sepatutnya mendaftar sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Elektrik) di PSAS pada 29 Julai depan.

Menurutnya, segala persiapan termasuk kelengkapan bagi kegunaan menyambung pelajaran anak perempuannya itu sudah disediakan bersama isterinya Norizad Md Yusof, 45.

“Saya dan isteri masih lagi terkejut kerana kakak menunjukkan reaksinya begitu gembira untuk menyambung pelajaran ke politeknik, tetapi hasrat itu tidak kesampaian.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan dia seperti biasa sahaja, jadi bila menerima berita pemergiannya saya dan isteri masih terkejut namun kami redha,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Bahagia, di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Norizan yang juga guru subjek matematik berkata, dia tidak dapat menahan sebak melihat barang-barang keperluan arwah anaknya yang mereka belikan untuk ke PSAS.



Norizad Md Yusof, 45, kelihatan sebak ketika menceritakan mengenai anak sulungnya Allahyarhamah Norkiasatina Najwa Shahrel Azwan, 18, yang meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar lubang lalu hilang kawalan sebelum digilis sebuah kereta di Lebuhraya Ipoh-Lumut, Rabu lalu di kediaman mereka di Kampung Bahagia. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 JULAI 2024.


“Barang arwah ke politeknik diletakkan di dalam bilik, bila masuk dan lihat saya teringat, jadi saya minta orang lain kemas dan simpankan,” katanya.

Shahrel Azwan turut berkongsi detik dia menerima perkhabaran yang menimpa anak sulungnya itu dengan penuh sebak sambil ditemani isterinya di sebelah.

Jelasnya dia dimaklumkan oleh Norkiasatina Najwa untuk menemani kawannya membeli barang sebelum dikhabarkan anaknya itu terlibat dalam kemalangan

“Semasa kejadian saya baharu sahaja sampai Teluk Intan dari Ipoh sebelum adik saya menelefon isteri memaklumkan kakak kemalangan dan berada di Hospital Batu Gajah.

“Bila tahu sahaja terus saya bergegas ke sana dan jenazah kakak cedera di muka, kepala, kaki kanan patah, tangan patah dan badan-badan calar.

“Polis juga turut menceritakan kereta tersebut naik atas badan kakak,” katanya sambil menahan sebak.



Shahrel Azwan Sulaiman, 45, dan isterinya Norizad Md Yusof, 45, menunjukkan gambar anak sulung mereka Allahyarhamah Norkiasatina Najwa Shahrel Azwan, 18, yang meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar lubang lalu hilang kawalan sebelum digilis sebuah kereta di Lebuhraya Ipoh-Lumut, Rabu lalu ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Bahagia. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 JULAI 2024.


Shahrel Azwan berkata, jenazah Norkiasatina Najwa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bahagia selepas Zohor pada Khamis.

Terdahulu MG Perak melaporkan seorang remaja wanita maut digilis sebuah kereta selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan di Lebuhraya Ipoh-Lumut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Batu Gajah. -MG Perak


https://mgperak.com/maut-terlang ... k-tidak-kesampaian/
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 05:55 PM | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah untuk keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 09:06 AM | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

jlan berlubang hanya akn diturap kalau YB2 tergolek jer....
rakyat marhen idak le depa nak turap nya...


patut saman jer JKR
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 11:34 AM | Show all posts
kat kaw umah iolls nih dh berbakul2 kena perli kena maki bru nak buat...
itupun buat sejam pastu rosak semula..anat x anat kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.134910 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list