CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23358|Reply: 12

Suami orang? Anna Jobling okey sahaja

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:53 AM | Show all posts |Read mode




ISU aktor gandingan berstatus suami orang adakala menjadi satu keresahan buat segelintir aktres bujang.

Bagi mereka, harus ada batas ‘ekstra’ perlu dijaga berbanding jika regu lakon berstatus bujang. Masakan tidak, kontroversi dan cinta lokasi antara Aliff Aziz dan dan Ruhainies sebelum ini banyak meninggalkan skeptikal kepada umum.

Berbeza pula dengan si cantik, Anna Jobling. Baginya, perkara tersebut bukan satu masalah selagi tahu menjaga profesionalisme.

“Tiada istilah takut berlakon dengan suami orang. Sebelum ini pun saya pernah bergandingan dengan lelaki berstatus suami.

    “Jangan buat situasi jadi rumit, kalau kita tahu jaga batas, pasti tak akan timbul masalah.

“Dengan Shukri atau mana-mana pelakon lelaki lain sekali pun, kalau ‘off camera’, kami memang buat hal masing-masing,” katanya yang bakal muncul di sisi Shukri Yahaya menerusi drama Hai Cinta, Dengarkanlah tidak lama lagi.

Meskipun tidak cerewet dengan hero gandingannya, pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abd. Rahman Jobling bagaimanapun tetap teliti, khususnya apabila melibatkan babak intim.

Tegas pelakon berusia 24 tahun itu, dia tidak akan melakonkan babak intim secara semberono kerana bimbang disalah tafsir penonton.
Jika terlalai, perkara tersebut boleh mencetuskan spekulasi liar.

“Kalau nak cakap tentang isu babak intim atau ekstra romantis, selalunya saya akan berbincang terlebih dahulu dengan pelakon atau pengarah.

“Setiap pelakon akan sentiasa berkomunikasi bagi membincangkan setiap kebimbangan atau perkara yang selesa dilakukan dalam mana-mana babak,” tuturnya.

Dalam masa sama, Anna mengakui tiada masa untuk menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki disebabkan kepadatan jadual.

Selain jadual kerja, keletihan berulang-alik dari Malaysia ke Indonesia merupakan antara faktor dia tidak sempat memikirkan soal cinta.

    “Saya terlalu sibuk dan penat ulang-alik ‘travel’ ke sana sini. Mungkin juga saya bekerja terlalu keras.

“Kalau hari cuti pun, saya hanya duduk di rumah, habiskan masa dengan keluarga. Keluar bersama kawan juga memang jarang,” kongsinya.

Ditanya sama ada wujud perasaan takut untuk bercinta, pemilik nama sebenar Anna mengakui ada terdetik rasa sebegitu.

“Takut untuk ada kekasih? Bimbang juga. Kalau saya ada (kekasih) sekali pun sekarang, mungkin saya ‘simpan’ dan tidak tunjuk (perkenalkan).

“Cuma, buat masa sekarang, kekasih saya adalah kerja dan hanya di set penggambaran sahaja,” katanya lagi.

Tidak lengkap sekiranya temu bual bersama Anna tanpa memintanya berkongsi perkembangan kerjaya di Indonesia.

Perkara itu terbukti apabila namanya semakin meledak di sana selepas dihujani apabila ditawarkan berlakon beberapa filem termasuk Laut Tengah dan Lembayung.

“Tiada kata-kata yang boleh saya ungkapkan mengenai karier seni ketika ini, hanya syukur Alhamdulillah.

    “Awal tahun ini memang saya banyak habiskan masa jalani penggambaran di sana tetapi kini kembali fokus dengan lakonan di Malaysia,” ujarnya lagi.

Berkongsi penerimaan peminat di Indonesia, Anna bersyukur kehadirannya disambut baik malah sehingga hari ini dirinya masih dipanggil dengan nama Melur selepas meledak menerusi drama Melur Untuk Firdaus sekitar 2022.

“Saya okey sahaja kalau mereka nak terus panggil Melur. Memang tak nafikan bahawa kebanyakan peluang yang saya raih di Indonesia hari ini pun disebabkan drama itu.

Menerusi drama Hai Cinta, Dengarkanlah arahan Eoon Shuhaini pula, selian Shukri, Anna turut digandingkan dengan Niezam Zaidi.

“Kali pertama dapat berlakon dengan Shukri Yahaya dan Niezam. Memang mencabar kemampuan saya untuk mencari ‘chemistry’ dengan mereka.

“Saya tak nafikan berdebar juga sebenarnya berlakon dengan Shukri tetapi syukur dia sangat ‘sporting’ dan bersahaja. Begitu juga Niezam, seorang yang profesional bekerja.

“Bukanlah rasa takut berlakon dengan mereka tetapi lebih kepada gementar sebab Shukri dan Niezam pelakon senior yang sangat berpengalaman,” kongsinya yang memegang watak Cahaya dalam drama tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Shawn amir pengurus Anna Job ni ke?
Nampak kat igs tintan Mail penyu makan kat kedai dia..si Shawn ni ada sekali menempel.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab dah biasa pun dengan laki orang ken?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
engko dik apa je yang tak okay dah kalau diri sendiri pon hamak somi orang
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Nmpknya anna dh insaf utk buat cheap marketing.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke bf dgn indon xtian tu?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik hati boipren indon. Maybe dak anna dah insof selepas menjadi waitress tak bergaji tukang pegang birthday cake dlm club. Apa kejadah jadi gelpren tapi disuruh pegang cake utk boipren celebrate ngan bff? Patut gelpren dok sebelah, suruh la PA dia yg glam tu tolong pegang cake. Dah mcm maid bule pulak nengoknya. Bengong punya boipren.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:21 AM | Show all posts
murahnye gosip ko ni dekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 11:13 AM | Show all posts
Boipren jenis suka expose tp malangnya gf taknak expose sbb takut peminat msia lari..redha je la si boipren.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mnh607 replied at 29-7-2024 11:13 AM
Boipren jenis suka expose tp malangnya gf taknak expose sbb takut peminat msia lari..redha je la si  ...

Mungkin sbb tu kot, bf indon dia pergi kenduri kawin dgn awek lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukati hang la ana jebon
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bambimo at 29-7-2024 02:34 PM

Bagus la xde gossip murah..org kalo citer tu bagus..xperlu kontroversi cintan cintun cthnya citer Nab dgn Ben Amir kat Viu tu..Ada je org tengok...
Lepas citer telur tu dh xde dh projek dia yg boom la...
Rasanya tahun ni turn erysha emyra plak yg popular
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa apa je laa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 1.172985 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list