CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20518|Reply: 0

[Perlis] Dunia global semasa tuntut pemasaran produk pelancongan lebih kreatif, inovatif

[Copy link]
Post time 3-8-2024 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Dunia global semasa tuntut pemasaran produk pelancongan lebih kreatif, inovatif


Oleh BERNAMA - Ogos 3, 2024 @ 11:32am




Tuanku Syed Faizuddin (tiga dari kiri) ketika berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Awal Bulan Pelancongan Islam 2024 (ITM 2024) di Perlis.




KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah dunia global semasa menuntut pemain industri pelancongan untuk memasarkan produk pelancongan mereka secara kreatif dan inovatif.

Sehubungan itu, titah baginda penguasaan terhadap kaedah pemasaran kreatif dan inovatif menggunakan media sosial serta teknologi kecerdasan buatan amat penting bagi memastikan capaian lebih meluas kepada masyarakat umum sama ada di dalam mahupun luar negara.

"Sama ada kita sedar atau tidak, media sosial telah menjadi instrumen utama bagi memasarkan produk-produk pelancongan yang kita miliki," titah baginda ketika berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Awal Bulan Pelancongan Islam 2024 (ITM 2024) di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Mohd Shukri Ramli dan Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC) Nizran Noordin.

Menyentuh mengenai ITM 2024, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah ia satu penzahiran kepada komitmen berterusan kerajaan bagi mempromosikan sektor pelancongan mesra Muslim di Malaysia.

Baginda bertitah, sektor pelancongan mesra Muslim sudah semestinya memberikan pulangan ekonomi kepada masyarakat dan negara serta wajar sentiasa diperkasa secara konsisten, berterusan dan inklusif.

"Saya percaya pihak Kementerian (Pelancongan, Seni dan Budaya) akan terus memberikan tumpuan dan usaha bagi memposisikan produk pelancongan mesra Muslim kita di persada antarabangsa dengan kaedah pemasaran dan promosi yang terkini lagi inovatif," titah baginda.

ITM 2024 yang dijadual berlangsung 16 Ogos hingga 30 September menyasarkan 250 rakan strategik dan Perlis akan menyertai bulan pelancongan itu bagi menawarkan pelbagai produk menarik kepada pelancong, penggiat dan usahawan industri berkenaan.

ITC dalam kenyataan hari ini memaklumkan Hari Terbuka Masjid yang bakal dianjur bersama masjid terkemuka di seluruh negara, akan dimasukkan dalam kalendar ITM 2024 iaitu menyediakan lawatan berpandu dan aktiviti menarik kepada semua lapisan masyarakat.

Untuk rekod, ITC adalah entiti di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang diberi mandat membentuk segmen pelancongan Islam bagi Malaysia dengan antara lain mempromosikan Pelancongan Mesra Muslim (MFT).







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.272058 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list