CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52976|Reply: 0

[Pulau Pinang] Program Anak Emas kerjasama Kerajaan Pulau Pinang, PTPTN untuk masa depan pendidikan anak

[Copy link]
Post time 4-8-2024 02:06 AM | Show all posts |Read mode
Program Anak Emas kerjasama Kerajaan Pulau Pinang, PTPTN untuk masa depan pendidikan anak


BERNAMA - Ogos 3, 2024 @ 11:12pm







Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Lim Siew Khim melancarkan Program Anak Emas di Bukit Mertajam, hari ini. Hadir sama, Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (kanan) dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.




BUKIT MERTAJAM: Kerjasama strategik Kerajaan Pulau Pinang dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam melaksanakan Program Anak Emas melalui Simpan SSPN Prime mendapat sambutan menggalakkan rakyat negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Lim Siew Khim, berkata ia dibuktikan apabila 2,162 akaun telah dibuka atau dibuat penambahan simpanan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan jumlah RM216,200.

Beliau berkata, program yang diperkenalkan kerajaan negeri pada Jun 2011 itu adalah bayaran bantuan secara one-off atau sekali bayarberjumlah RM200 kepada bayi berumur dua tahun ke bawah.

Program itu, katanya, dengan syarat ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Pulau Pinang.

"Program Anak Emas pada tahun ini ditambah baik menerusi kerjasama dengan PTPTN yang berkuat kuasa pada 15 Januari lalu. RM100 diberikan untuk pembukaan akaun atau penambahan deposit akaun SSPN Prime, RM100 lagi disalurkan kepada pemohon yang layak.

"Inisiatif baharu ini adalah pendekatan yang lebih menyeluruh dan akan memberikan manfaat jangka panjang kepada anak-anak kelahiran Pulau Pinang, terutama dalam aspek pendidikan tinggi," katanya.

Berucap pada Majlis Pelancaran Program Anak Emas di sini hari ini, beliau berkata, Program Anak Emas melalui Simpan SSPN Prime bukan sahaja membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai literasi kewangan, tetapi juga sebagai tanda penghargaan kepada penerima, selain menitikberatkan kepentingan penabungan dari awal usia.

Sementara itu, Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim yang turut hadir pada majlis pelancaran program itu, berharap Simpan SSPN akan menjadi pilihan terbaik ibu bapa kerana simpanan secara konsisten penting untuk masa depan pendidikan yang terjamin.

Beliau berkata, Simpan SSPN adalah produk simpanan PTPTN yang menawarkan pelbagai manfaat, antaranya pelepasan taksiran cukai pendapatan bagi simpanan hingga RM8,000 setahun dan perlindungan takaful terhadap pendeposit.

Selain itu, Geran Sepadan secara percuma hingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak dan kadar dividen yang kompetitif, di samping simpanan dijamin kerajaan serta patuh syariah.

"Justeru, saya minta semua agensi awam dan swasta untuk menjadikan Simpan SSPN sebagai insentif atau hadiah bagi penganjuran aktiviti atau program yang bersesuaian," katanya.

Menurut Norliza, sejak diperkenalkan pada 2004 hingga 30 Jun lalu, deposit Simpan SSPN yang diterima berjumlah RM18.54 bilion dengan 6.4 juta akaun telah dibuka.

"Di Pulau Pinang, deposit Simpan SSPN yang diterima berjumlah RM2.16 bilion dengan akaun dibuka sebanyak 340,388," katanya.

Penerima, B Keshni Devi, 29, memuji usaha kerajaan negeri dan PTPTN dalam melaksanakan inisiatif itu yang memberi banyak manfaat dalam membuat tabungan awal demi masa depan anak.

"Saya mohon Program Anak Emas bulan ini sebab baru tahu ada simpanan SSPN. Sebelum ini, memang sudah buka akaun simpanan di bank untuk anak pertama, A Kavvenessh yang berusia satu tahun tiga bulan.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang, memang perlu ada simpanan awal dan program ini antara inisiatif terbaik untuk masa depan anak saya kelak," katanya akan berkongsi mengenai program itu dengan keluarga dan rakan bagi menggalakkan mereka menyimpan.

Peniaga, Siti Hajar Azudin, 28, dari Sungai Dua, Butterworth, berterima kasih kepada kerajaan negeri dan PTPTN atas pemberian wang berkenaan.

Beliau menyifatkan ia sebagai permulaan untuk menabung demi pendidikan masa depan anaknya Edith Hassan Mikhail, yang kini berumur satu tahun dua bulan.

"Program ini amat bagus kerana ia bukan sahaja dapat meringankan beban ibu bapa, tetapi turut membantu tabiat menabung melalui Simpan SSPN yang memberi manfaat dan kelebihan seperti kadar dividen yang kompetitif dan banyak lagi," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1280124/program-anak-emas-kerjasama-kerajaan-pulau-pinang-ptptn-untuk-masa






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.112025 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list