CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31634|Reply: 0

[Kedah] Anak hidap SLE, ibu pula derita kanser usus

[Copy link]
Post time 4-8-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Anak hidap SLE, ibu pula derita kanser usus


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 4, 2024 @ 11:46am [email protected]







Pengerusi CSM, Zuraini Kamal (tengah) menziarahi pesakit kanser usus, Mahtom Mohamad Daud (kanan) dan anaknya, Noor Hamiza Zulkepeli yang menghidap SLE. - Foto ZULIATY ZULKIFFLI





PADANG TERAP: Wanita menghidap penyakit 'Sistemik Lupus Erimatosus' (SLE) cekal melakukan kerja rumah termasuk memasak, mengemas rumah, dan mencuci pakaian bagi membantu ibunya yang menderita kanser usus.

Walaupun terpaksa menggunakan tongkat, Noor Hamizah Zulkepeli,26, perlu melakukan tugas harian itu bagi membantu ibunya, Mahtom Mohamad Daud @ Mohd Saman, 59, selepas disahkan menghidap kanser usus April lalu.

Noor Hazimah juga terpaksa mengetepikan cita-citanya sebagai anggota polis selepas menghidap penyakit yang menyerang sistem saraf bahagian badannya sejak empat tahun lalu.

"Ibu sebelum ini membantu ayah, Zulkepeli Abdullah, 62, menoreh getah di kebun berhampiran rumah tetapi sejak dia sakit hanya duduk di rumah.

"Saya turut membantu ibu memasak walaupun terpaksa menggunakan tongkat atau melipat kain walaupun keadaan saya sebegini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ulu, Padang Sanai, di sini, hari ini.

Sementara itu, ibunya, Mahtom berkata, beliau disahkan menghidap kanser selepas mengalami masalah sewaktu membuang air besar, cirit dan tidak lawas.

Oleh demikian, katanya, beliau pergi menjalani pemeriksaan endoskopi di Hospital Lama Alor Setar dan doktor mengesahkan saluran ususnya tersumbat.

"Selepas itu, doktor sahkan saya menghidap kanser usus tahap dua dan perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 12 pusingan dan setakat ini sudah membuat rawatan pusingan keenam," katanya.

Mahtom berkata, beliau berulang alik ke hospital di Alor Setar dua kali sebulan dan jika kesihatannya tidak memuaskan, dia perlu lebih kerap ke sana.

"Keadaan ini memerlukan perbelanjaan untuk kos ulang alik selain terpaksa menyewa kereta.

"Itu belum kos untuk rawatan kemoterapi atau jika saya masuk wad kerana suami pula menoreh getah tidak menentu dengan keadaan cuaca sekarang..sekejap hujan, sekejap panas.

"Wang simpanan kami juga habis dibelanjakan untuk kos rawatan saya dan membawa Noor Hamizah ke hospital untuk pemeriksaan susulan," katanya.

Menurut Mahtom, kesihatannya juga terganggu selepas selesai kemoterapi dilakukan yang menyebabkan dia tidak berselera makan dan letih.

itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal menziarahi pesakit itu dan menghulurkan sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan.

"CSM bersedia memberi sokongan moral kepada keluarga ini disebabkan Mahtom adalah pesakit kanser usus dan memerlukan rawatan lanjut di hospital," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1280232/anak-hidap-sle-ibu-pula-derita-kanser-usus






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 1.284708 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list