CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23005|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu tak sedar kucing tergantung di belakang kenderaan

[Copy link]
Post time 9-8-2024 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu tak sedar kucing tergantung di belakang kenderaan


Nur Izzati Mohamad[email protected]







KUCING yang tergantung di belakang kereta pacuan empat roda seperti yang tular.





Nibong Tebal: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian membabitkan kucing tergantung di belakang kenderaan pacuan empat roda di Simpang Ampat, di sini, seperti tular di media sosial.

Laporan itu dibuat oleh pemandu kenderaan terbabit, 5.29 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Chong Boo Khim, berkata, lelaki itu memberitahu bahawa dia telah menjumpai kucing jalanan berkenaan di rumahnya dalam keadaan tidak terurus.

"Dia kemudian mahu membawa kucing itu ke klinik haiwan bagi tujuan memandulkan haiwan berkenaan.

"Semasa dalam perjalanan ke klinik, pengadu tidak menyedari kucing yang diletakkan di bahagian belakang kenderaanya cuba melompat keluar sehingga berada dalam keadaan tergantung.

"Pengadu hanya menyedari selepas sampai di klinik haiwan dan membukakan ikatan tali di leher kucing terbabit," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, kes dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak memanipulasikan kes tular yang boleh menyebabkan kekeliruan.

"Orang ramai disarankan untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kebenarannya," katanya.

Terdahulu, tular gambar kucing tergantung di belakang pacuan empat roda sehingga mendatangkan kemarahan masyarakat.

Susulan itu, Persatuan Haiwan Malaysia menggesa DVS meneruskan siasatan terhadap insiden yang berlaku.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika dilaporkan berkata, ia demi menegakkan sistem keadilan jenayah haiwan dan sebagai satu pelajaran supaya pemilik berhati-hati dalam mengurus dan mengendalikan haiwan bawah tanggungjawab mereka.



Disiarkan pada: Ogos 9, 2024 @ 1:11pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1120706/pemandu-tak-sedar-kucing-tergantung-di-belakang-kenderaan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 1.221168 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list