CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56452|Reply: 0

[Kedah] Polis kesan penuntut IPT beri kebenaran 'scammer' guna akaun bank

[Copy link]
Post time 10-8-2024 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Polis kesan penuntut IPT beri kebenaran 'scammer' guna akaun bank


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Ogos 10, 2024 @ 2:49pm [email protected]







Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melepaskan Kembara Jiwa Merdeka (AADK) pada Program Sua Mesra Bersama KDN di Kampung Guar Lobak. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir





KULIM: Polis mengesan kes membabitkan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) memberi kebenaran kepada sindiket penipuan dalam talian menggunakan akaun bank mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penuntut berkenaan berdasarkan pindaan Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman terhadap pemegang akaun bank jika membenarkan pihak ketiga menggunakannya.

"Ada kes yang kami siasat membabitkan pelajar universiti membenarkan akaun mereka, instrumen pembayaran dan kad digunakan sindiket penipuan.

"Kita boleh ambil tindakan ke atas mereka... pindaan Seksyen 424 Kanun Keseksaan membolehkan tindakan diambil ke atas individu yang membenarkan akaun dan instrumen kewangan miliknya diguna pakai oleh sindiket," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, Kampung Guar Lobak, Padang Serai di sini, hari ini.

Saifuddin berkata penipuan dalam talian meningkat saban tahun biarpun terdapat hebahan dan kempen kesedaran kepada rakyat.

Katanya, kerajaan sentiasa komited untuk memberi lebih banyak kempen kesedaran kepada rakyat supaya tidak terus menjadi mangsa.

"Saya tidak perlu ada 'denial syndrom' (sindrom penafian), trend memang meningkat berdasarkan aduan yang diterima... sebab itu langkah yang dibuat satunya menerusi pindaan Kanun Keseksaan yang diluluskan di bawah Seksyen 424.

"Pindaan tatacara jenayah membolehkan seorang polis berpangkat sarjan yang menerima aduan jenayah penipuan dalam talian membabitkan akaun mangsa di talian 997 (Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)) membekukan akaun terbabit," katanya.

Terdahulu Saifuddin turut melancarkan Skuad Antidadah cawangan Padang Serai yang menjadi cawangan pertama ditubuhkan mengikut kawasan parlimen di seluruh negara.

"Kempen satu juta Skuad Antidadah dilancarkan bersempena Program Hari AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) Bersama Masyarakat di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada 10 September tahun lalu dan kini mempunyai 161,440 ahli terdiri golongan berusia 18 hingga 45 tahun.

"Daripada jumlah itu, seramai 11,380 orang adalah belia dari Kedah.

"Skuad ini akan jadi mata telinga dan suara kami, mereka akan terus menerima latihan dan bimbingan serta akan memberi maklum balas mengenai semua isu berkait dengan dadah dan penyalahgunaan bahan terlarang di kawasan masing-masing," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1282948/polis-kesan-penuntut-ipt-beri-kebenaran-scammer-guna-akaun-bank






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046200 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list