CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62092|Reply: 0

[Kedah] Cabaran pada mesyuarat PIBG jadi pendorong pelajar cemerlang SPM

[Copy link]
Post time 11-8-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Cabaran pada mesyuarat PIBG jadi pendorong pelajar cemerlang SPM


Noor Hidayah Tanzizi[email protected]







Aimi Idrina Batrisyia. FOTO ihsan pembaca




Sik: "Alhamdulillah, wang ini akan digunakan sebaik mungkin dan saya akan membeli komputer lebih sesuai untuk bidang jurusan saya bagi mencapai impian sebagai pereka grafik," kata Aimi Idrina Batrisyia Mohd Zaharul Affendi, 18.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lapan, Sik di Kedah itu menerima hadiah RM10,000, semalam selepas meraih keputusan cemerlang 9A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Hadiah berkenaan diberikan oleh Penasihat Kelab Akademik Anak Malaysia, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim sebagai imbuhan untuk cabarannya kepada calon SPM tahun lalu di SMK Batu Lapan ketika merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dua tahun lalu.

Aimi Idrina Batrisyia berkata, dia bersyukur dan gembira dengan penghargaan serta hadiah berkenaan yang disifatkan sebagai rezeki untuknya sekali gus meringankan beban bapa, Mohd Zaharul Affendi Md Noor, 42, yang bekerja sendiri dan ibu, Murnirah Mohamod, 42, yang juga suri rumah.

Menurutnya, dia kini sedang mengikuti program Program Asasi Sains dan Teknologi untuk Universiti Korea di UniKL - Malaysia Institute Of Information Technology (MIIT).

"Saya belajar bidang sains dan teknologi tetapi lebih kepada jurusan animasi jadi saya akan gunakan wang itu untuk beli komputer yang sesuai dengan bidang saya. Wang lebihan saya akan gunakan untuk belanja makan sementara dapat elaun.

"Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur. Cabaran Datuk (Muhamad Khizri) adalah semangat dan pendorong untuk saya mencapai matlamat saya," katanya yang turut mengidolakan Muhamad Khizri kerana keperihatinannya kepada pelajar.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, pendidikan adalah 'medium' terbaik untuk mengubah kehidupan keluarga dan sebagai anak dan cucu sulung dia mahu menjadi contoh kepada ahli keluarga lain untuk mencapai kejayaan.

"Saya daripada keluarga B40 dan matlamat saya adalah untuk mengubah kehidupan keluarga yang menjadi pendorong untuk mencapai keputusan terbaik selain mahu adik dan sepupu yang masih bersekolah mempunyai motivasi sama," katanya.

Menurutnya, dalam mencapai keputusan itu dia mengulang kaji serta menyiapkan modul diberikan guru, selain sentiasa berdoa kepada Allah SWT dan fokus kepada pelajaran dengan mengurangkan masa bermain 'game' yang menjadi aktiviti kegemarannya.

Sementara itu Muhamad Khizri berkata, pihaknya terpanggil melontarkan cabaran itu kepada pelajar sekolah berkenaan pada 2022 kerana ingin memberi semangat untuk mereka berjaya.

Katanya, dengan pencapaian itu Aimi Idrina menempa nama sebagai pelajar pertama sekolah itu yang mencatat keputusan 9A, sejak ia dibuka.

"Adik Aimi Idrina Batrisyia muncul satu-satunya pelajar sekolah ini yang berjaya memperoleh keputusan penuh A," katanya.

Ahli Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia itu berkata, ganjaran berkenaan adalah sebagai satu bentuk motivasi kepada semua pelajar untuk mengutamakan ilmu pengetahuan dalam hidup mereka.

"Saya selalu tekankan, bukan nilai yang kita ukur. Tetapi penguasaan ilmu yang paling penting kerana ia dapat mengubah nasib diri dan keluarga.

"Semoga ini akan menjadi dorongan kepada anak-anak Sik yang lain untuk terus cemerlang dalam pelajaran," katanya.



AIMI Idrina (dua kiri) menerima saguhati daripada Muhamad Khizri sebagai imbuhan untuk cabarannya kepada calon SPM tahun lalu untuk meraih keputusan 9A. FOTO ihsan pembaca



Disiarkan pada: Ogos 11, 2024 @ 4:01pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1121493/cabaran-pada-mesyuarat-pibg-jadi-pendorong-pelajar-cemerlang-spm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.287336 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list