CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56117|Reply: 0

[Pulau Pinang] ZPP peruntuk lebih RM6.9 juta biayai lapan PHZ

[Copy link]
Post time 16-8-2024 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-8-2024 10:57 AM

ZPP peruntuk lebih RM6.9 juta biayai lapan PHZ

16 Ogos 2024 10:31am




Mohamad (kanan) ketika melawat ke salah satu PHZ, baru- baru ini




GEORGETOWN- Zakat Pulau Pinang (ZPP) memperuntukkan lebih RM6.9 juta bagi membiayai lapan cawangan Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ) yang boleh dimanfaatkan oleh golongan asnaf fakir dan miskin di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, PHZ yang mula beroperasi sejak 2001 memberikan rawatan dan perkhidmatan dialisis secara percuma kepada asnaf yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.


Menurutnya, dengan peningkatan pesakit buah pinggang dalam kalangan golongan fakir dan miskin pada masa kini pastinya memerlukan perancangan jangka masa pendek dan panjang dirangka oleh ahli lembaga pengarah MAINPP.

“Ia bertujuan untuk memastikan PHZ dapat memberikan khidmat terbaik kepada pesakit selaras dengan moto ZPP iaitu ‘Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela’.


“Melihat kepada perkembangan PHZ sejak 2001 sehingga kini, kita telah mempunyai lapan cawangan pusat hemodialisis di seluruh Pulau Pinang maka sudah pastinya peningkatan pesakit juga meningkat dari semasa ke semasa.

“Bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat terus diberikan, ZPP berhasrat untuk menaiktaraf semua PHZ. Ia bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pesakit selain menambah kapasiti bilangan mesin hemodialisis di cawangan PHZ yang terlibat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini baru-baru ini.

]
MOHAMAD






Mohamad yang juga Pengerusi ZPP berkata, pihaknya berhasrat membuat gantian mesin dan peralatan dialisis yang uzur dan melebihi tempoh penggunaan optimum di semua lapan cawangan PHZ seluruh Pulau Pinang.


Jelasnya, dengan meningkatkan mutu serta kualiti perkhidmatan di PHZ ia sekali gus akan melancarkan operasi selain dapat memaksimumkan bilangan pesakit yang menerima manfaat mengikut kapasiti di semua cawangan PHZ.

“Bagi pelan jangka masa panjang kita menyasarkan untuk memaksimumkan jumlah pesakit dalam kalangan asnaf fakir dan miskin yang boleh memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan di PHZ ini.

“Kita juga berhasrat untuk menambah lebih ramai pegawai perubatan dalam bidang hemodialisis zakat ini dengan harapan dapat menjadi contoh terbaik dalam industri perkhidmatan dialisis sebagai satu projek dibawah seliaan ZPP,” kata Mohamad.

Bagaimanapun tambah Mohamad, tanpa sokongan berterusan muzakki atau pembayar zakat di negeri itu, ia mungkin akan melambatkan usaha serta perancangan ZPP.

Beliau berharap para muzakki agar terus membayar zakat melalui ZPP kerana ia merupakan tunjang utama agihan bagi skim perkhidmatan asnaf yang dapat dilaksanakan oleh PHZ.

“Bagi penerima zakat terutamanya pesakit dialisis bersyukurlah dengan nikmat pemberian ini. Mereka perlu mengikut segala nasihat dan tunjuk ajak oleh doktor mengenai kesihatan selama mana mendapat bantuan dialisis di PHZ,” tambah Mohamad.

]



Antara syarat-syarat permohonan

- Beragama Islam.

- Warganegara Malaysia.

- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya tiga bulan.

- Disahkan menghidap penyakit kegagalan fungsi ginjal peringkat akhir.

- Tidak menghidap penyakit kronik yang berjangkit.

Cara Permohonan

- Permohonan melalui borang yang disediakan ZPP.

- Borang boleh diambil di kaunter ZPP yang berdekatan.

- Surat pengesahan doktor dan agensi penaja diperlukan seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran dan sebagainya.

- Untuk maklumat lanjut boleh layari www.zakatpenang2u.com atau ke Pejabat ZPP berdekatan.

Cawangan PHZ

PHZ cawangan Butterworth

PHZ cawangan Balik Pulau

PHZ cawangan Bukit Mertajam

PHZ cawangan Nibong Tebal

PHZ cawangan Georgetown

PHZ cawangan Kepala Batas

PHZ cawangan Tasek Gelugor

PHZ cawangan Bayan Lepas

https://www.sinarharian.com.my/article/680493/berita/nasional/zpp-peruntuk-lebih-rm69-juta-biayai-lapan-phz


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.064580 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list