CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55350|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua lelaki Myanmar didakwa bunuh rakan senegara di restoran

[Copy link]
Post time 16-8-2024 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki Myanmar didakwa bunuh rakan senegara di restoran


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Ogos 16, 2024 @ 11:33am [email protected]







Lay Zin Ton, 24, (baju berkotak merah) dan Myo Kyaw Hein, 20, di bawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau atas pertuduhan membunuh rakan senegara mereka hari ini. - Foto NSTP/Aminah Yusof





BALIK PULAU: Dua pekerja restoran warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara di tempat kerja mereka, awal bulan ini.

Lay Zin Ton, 24 dan Myo Kyaw Hein, 20, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Chia Huey Ting.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua lelaki terbabit kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah mencapai niat bersama untuk membunuh seorang lelaki rakyat Myanmar, Saw James.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Genting Hill Leisure Park, Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada 4 Ogos antara jam 11 malam hingga 3 pagi, 5 Ogos lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sekiranya dikenakan hukuman penjara, hendaklah dihukum minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 3 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Media pada 5 Ogos lalu melaporkan, lapan lelaki warga asing dan seorang rakyat tempatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di sebuah restoran masakan Thailand di Jalan Bukit Genting, di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata tangkapan itu dibuat menerusi Op Kejam Genting di kawasan Balik Pulau sebelum menahan kumpulan lelaki berkenaan.

Menurutnya, polis menerima laporan berhubung seorang lelaki warga asing ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri disyaki ditikam dalam pergaduhan dengan rakan sekerja di restoran terbabit kira-kira jam 3.15 pagi.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1285573/dua-lelaki-myanmar-didakwa-bunuh-rakan-senegara-di-restoran






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.380314 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list