CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41389|Reply: 0

[Kedah] JAS siasat pembuangan sisa sarung getah terpakai di tapak binaan kilang

[Copy link]
Post time 18-8-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode
JAS siasat pembuangan sisa sarung getah terpakai di tapak binaan kilang


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 18, 2024 @ 10:14am [email protected]







Pegawai JAS Kedah melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan bahan buangan berjadual disyaki sarung tangan getah terpakai di sebuah tapak binaan di Kulim. NSTP/IHSAN JAS





KULIM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menjalankan siasatan susulan penemuan sisa buangan yang disyaki sarung tangan getah terpakai di sebuah tapak pembinaan kilang di daerah ini, semalam.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pihaknya menerima aduan berhubung penemuan buangan disyaki sebagai buangan terjadual di lokasi terbabit melalui emel pada 16 Ogos lalu.

Beliau berkata, bahan buangan ini ditemui perunding yang sedang menjalankan kajian teknikal di tapak binaan berkenaan.

"Bertindak atas aduan berkenaan, JAS Kedah memulakan siasatan dan mendapati buangan itu berkemungkinan adalah sarung tangan lateks (latex glove) terpakai dan bersama bahan-bahan lain.



Bahan buangan disyaki sarung getah terpakai seberat satu tan yang dibuang di tapak binaan kilang


"Jumlah buangan yang ditemui adalah dianggarkan berjumlah satu metrik tan. Penyiasatan dan persampelan buangan mula dilakukan pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 3 petang, semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, semua sampel berlainan jenis komposisi itu diambil dan sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Pulau Pinang untuk dianalisa.

Beliau berkata, tindakan lanjut akan di ambil selepas keputusan analisa kimia diperolehi nanti.

"Sekiranya buangan adalah sisa pepejal (bukan buangan terjadual), kes akan diserahkan kepada SWCORP dan pihak Kulim Hi-Tech Park untuk tindakan dan siasatan lanjut.

"Sekiranya ianya tercemar dengan buangan terjadual, kes akan diambil tindakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 2024)," katanya.

Selain itu katanya, JAS Kedah juga berharap semua pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkaitan pencemaran termasuk pelupusan haram dapat mengemukakan maklumat terbabit kepada JAS Kedah.

Beliau berkata, JAS Kedah mengingatkan semua pihak terutama pemilik premis industri supaya bersikap lebih bertanggungjawab dalam pengurusan buangan premis masing-masing.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati menyebabkan pencemaran.

"Seseorang yang disabitkan dengan kesalahan pelupusan buangan terjadual di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) jika disabitkan dengan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak melebihi RM10 juta.

"Orang awam boleh melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1286485/jas-siasat-pembuangan-sisa-sarung-getah-terpakai-di-tapak-binaan-kilang






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.038395 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list