CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36659|Reply: 0

[Kedah] Penduduk kampung masih takut kepala air dari Gunung Jerai

[Copy link]
Post time 18-8-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk kampung masih takut kepala air dari Gunung Jerai


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 18, 2024 @ 11:26am [email protected]







Sabariah menunjukkan sungai berhampiran rumah dan inap desanya yang sebelum tragedi kepala air, menjadi tumpuan pelancong. - Foto BH/ZULIATY ZULKIFFLI





YAN: Penduduk Kampung Setoi di sini masih trauma setiap kali hujan lebat kerana teringat kejadian kepala air dari Gunung Jerai, kira-kira tiga tahun lalu.

Sabariah Saad, 55, berkata, air dari Gunung Jerai turun dengan deras sehingga beralun seperti ombak.

Beliau yang juga pengusaha inap desa di kampung terbabit berkata, dalam sejarah hidupnya, itu kali pertama dia melihat kejadian kepala air sehingga menyebabkan kampung berkenaan seperti sungai.

Setiap kali hujan lebat, katanya, beliau rasa tak sedap hati kerana bimbang tragedi kepala air tiga tahun lalu, berlaku lagi.

"Masih terngiang-ngiang lagi apabila jiran memberitahu ada mayat lelaki warga emas tersangkut di celah pokok pisang di depan rumah ketika tragedi itu berlaku.

"Ketika itu, polis dan pasukan penyelamat meronda di kampung itu tetapi tidak dapat mengambil mayat berkenaan kerana arus deras dan pusaran air terlalu laju.

"Sampai sekarang saya masih menggigil setiap kali mendengar ribut petir, selain terdengar siren amaran berbunyi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sabariah berkata, ketika kepala air kayu balak besar hanyut di depan rumahnya dan merempuh jambatan lama di kampung itu.

Katanya, jambatan konkrit yang baru dibina untuk menggantikan jambatan kayu juga dihanyut arus deras.

"Saya masih menyimpan video dan gambar kejadian itu di telefon bimbit saya, tetapi tidak pernah melihatnya sampai ke hari ini kerana terlalu takut.

"Jika ada yang mahu melihat semula rakaman video berkenaan, saya akan buka video berkenaan atau menghantar pada siapa yang ingin melihatnya tetapi saya tidak boleh menonton," katanya.

Sabariah berkata, bencana itu turut menyebabkan beberapa kerosakan besar kepada inap desanya sehingga menyebabkan kolam renang dipenuhi pasir dan lumpur.

"Alhamdulillah, keadaan sekarang lebih baik dan aliran sungai lebih tenang sejak projek empangan sabo siap.

"Walaupun ketika hujan lebat di hulu Gunung Jerai, sungai itu tidak akan mencapai paras berbahaya. Itu sangat melegakan kami," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Muhamad Jamhuri Muhamad Raziff, 40, berkata, penduduk di kampung itu bersyukur dengan siapnya empangan sabo kerana meredakan keresahan penduduk setiap kali hujan turun di puncak Gunung Jerai.

"Dari satu segi, kami berbangga kerana empangan sabo pertama di negara ini dibina di daerah Yan dan Kuala Muda.

"Empangan sabo juga bertindak sebagai peringatan tragedi yang mengubah hidup kami selama-lamanya," katanya.

Empangan sabo itu, yang pertama kali dibina di Malaysia, dibina dengan kos RM22.8 juta, berikutan bencana kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos 2021.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1286511/penduduk-kampung-masih-takut-kepala-air-dari-gunung-jerai






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 2.129956 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list