CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34089|Reply: 0

[Kedah] Tiada alasan tidak sambung pengajian

[Copy link]
Post time 18-8-2024 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Tiada alasan tidak sambung pengajian


Wartawan HM[email protected]







DR Nizam menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang. FOTO Ihsan pembaca.





Kulim: Tiada alasan untuk pelajar tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana pelbagai aliran terutama kemahiran disediakan untuk mereka.

Semangat untuk mengubah hidup diri dan keluarga perlu bermula dari awal dengan peluang yang ada perlu digunakan sebaik mungkin demi masa depan lebih baik.

Dekan UniKL MSI Kulim Dr Mohd Nizam Ahmad berkata, dengan adanya minda untuk berjaya, tidak ada halangan untuk pelajar termasuk di luar bandar untuk mengecapi kejayaan.

Menurutnya, selama ini ramai ibu bapa yang memberi fokus untuk menyambung pengajian di universiti awam tanpa melihat potensi anak-anak dalam bidang kemahiran.

"Isu ini biasa berlaku terutama di sekolah luar bandar. Banyak peluang kemahiran yang disediakan dan ia bermula dengan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

"Jadi, jangan berhenti di sini. Teruskan pengajian dan belajar. Yang ke universiti, teruskan, yang lain cari kemahiran, banyak yang ada. Kena ada kemahuan," katanya pada majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahang, Kulim hari ini.

Hadir sama, Pengetua Cemerlang Ruzana Md Noor.

Dr Mohd Nizam berkata, cara berfikir yang selari dengan perubahan zaman juga menjadi faktor untuk pelajar berjaya dalam hidup.

Katanya, untuk itu, semua pihak termasuk ibu bapa perlu mempunyai tetapan minda yang tidak hanya terhad kepada aliran utama, tetapi bidang kemahiran yang selama ini dianggap sebagai kelas kedua.

"Keperluan dalam bidang teknikal tinggi dan ia perlu diisi. Sebab itu peluang yang besar di pasaran menanti generasi pelajar hari ini.

"Saya percaya, sama ada bandar atau pun luar bandar, semua orang mempunyai peluang yang sama. Jadi rebutlah peluang itu untuk mengubah nasib kita dan keluarga," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 18, 2024 @ 1:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1124178/tiada-alasan-tidak-sambung-pengajian





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.193257 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list