CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44545|Reply: 0

[Kedah] Muhyiddin diminta beri kerjasama siasatan kes 3R

[Copy link]
Post time 19-8-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin diminta beri kerjasama siasatan kes 3R


M Hifzuddin Ikhsan[email protected]







DATUK Seri Saifuddin Nasution Ismail. FOTO Danial Saad





Jitra: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Mengesahkan Polis Akan Memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin Bagi Memberi Keterangan Berhubung Kenyataan Yang Dibuat Ketika Kempen Pilihan Raya Kecil (Prk) Nenggiri.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu diminta memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan polis selepas ucapannya baru-baru ini, didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R).

"Ada satu perenggan khusus di mana Tuanku (Tengku Mahkota Pahang) bertitah supaya polis menyegerakan siasatan dan itu terang pada pandangan baginda bahawa ada mempunyai elemen mengikut Akta Hasutan.

"Saya difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sudah menetapkan satu tarikh di mana bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin akan dipanggil untuk memberi keterangan.

"Saya percaya Tan Sri Muhyiddin tidak sukar untuk memberi kerjasama dan proses itu akan berlaku dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Polimas) di sini, hari ini.

Terdahulu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang dilihat secara sengaja dan sinis mempertikaikan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Tengku Hasanal dilapor bertitah, sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan Muhyiddin itu telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya akan memanggil Muhyiddin pada 20 Ogos (esok) bagi memberi keterangan dan membantu siasatan sedang dilakukan pihak polis.

Katanya, sejumlah 29 laporan diterima polis daripada pelbagai pihak berkait ucapan Muhyiddin yang didakwa menyentuh isu 3R ketika berkempen di PRK Nenggiri baru-baru ini.



Disiarkan pada: Ogos 19, 2024 @ 2:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1124528/muhyiddin-diminta-beri-kerjasama-siasatan-kes-3r





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.056230 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list