CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44967|Reply: 1

[Kedah] 'Saya pelik keropok diikat tinggi, macam mana dua beradik itu boleh ambil' - Uzair Shafawi

[Copy link]
Post time 19-8-2024 03:31 PM | Show all posts |Read mode
'Saya pelik keropok diikat tinggi, macam mana dua beradik itu boleh ambil' - Uzair Shafawi


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







UZAIR menunjukkan tempat dia mengikat keropok yang mengandungi racun. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Kulim: Pemilik kebun yang ditahan reman berkaitan kejadian dua beradik meninggal dunia selepas makan keropok yang mengandungi racun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini, pada 7 Julai lalu mempertikaikan dakwaan nenek mangsa bahawa makanan itu diambil dari kebun tanaman miliknya.

Uzair Shafawi Hasbullah, 34, turut mempertikaikan bagaimana mangsa boleh mencapai keropok berkenaan sedangkan ia diikat pada paras tinggi iaitu 1.37 meter di kawasan kebun miliknya seluas 0.8 hektar.

Dia berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur di rumahnya kerana berjaga malam disebabkan menjaga lapan lembu peliharaannya daripada dicuri.

"Tidak lama selepas itu, emak datang dan bertanyakan sama ada saya letakkan keropok beracun itu di kawasan mana kerana anak jiran sebelah disyaki termakan racun dari keropok.

"Saya pun pelik sebab keropok yang saya ikat itu tinggi dan berada di kawasan semak. Macam mana dua beradik itu boleh ambil sedangkan mereka masih kecil iaitu dua dan tiga tahun.

"Keropok yang mengandungi racun itu saya ikat di kawasan pagar berhampiran semak dekat hutan dan bukannya pagar di tepi jalan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Menurutnya, disebabkan kejadian itu, dia ditahan polis dan direman lapan hari untuk membantu siasatan dan dia memberikan kerjasama baik kepada polis.

Namun dia tidak berpuas hati mengapa datuk, nenek dan ibu kanak-kanak itu tidak disiasat atas pengabaian.

"Saya pernah ternampak dua beradik itu berjalan di kawasan kebun kelapa sawit tidak jauh dari sini tanpa pengawasan kerana kawasan itu merbahaya disebabkan banyak haiwan liar seperti babi, kera dan ular tedung selar.

"Apabila berlaku kejadian itu, saya sedih kerana saya pun ada anak kecil pada usia yang sama dan saya rasa mungkin dua kanak-kanak itu lapar," katanya.

Uzair Shafawi berkata, sehingga sekarang dia tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan nasib dua beradik itu yang meninggal dunia termakan keropok mengandungi racun.

Dakwanya, dia juga malu apabila dihentam di media sosial selain menjadi tohmahan penduduk kampung yang tidak tahu cerita sebenar disebabkan kejadian itu.

"Disebabkan itu, saya terpaksa memuat naik video memperjelaskan keadaan sebenar di media sosial semalam.

"Tujuan saya adalah untuk membersihkan nama saya kerana banyak sangat fitnah dilempar terhadap saya selama ini," katanya.

Video berdurasi lebih 9 minit itu mendapat perkongsian daripada 53,000 orang, 68,000 tanda suka dan 10,000 komen setakat ini.

Uzair Shafawi berkata, sejak kejadian itu, dia tidak lagi menggunakan keropok yang dicampur racun untuk memerangkap kera yang banyak di kampung itu dan menyerang tanaman miliknya kerana bimbang kejadian sama berulang.

Katanya, dia kini menggunakan sangkar besi daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk menangkap kera liar sejak 8 Ogos lalu selepas membuat laporan sehari sebelum itu.

"Nak pasang sendiri sangkar besi, kosnya agak mahal iaitu sekitar RM500, disebabkan itulah sebelum ini saya menggunakan racun yang dicampur dalam keropok untuk perangkap kera dan tak sangka kejadian itu berlaku," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun maut selepas termakan keropok mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, pada 7 Julai lalu.

Muhammad Akil Syauqi, 3, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 10 Julai lalu sebelum disusuli adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia dua hari kemudian.



Disiarkan pada: Ogos 19, 2024 @ 3:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1124543/saya-pelik-keropok-diikat-tinggi-macam-mana-dua-beradik-itu-boleh-ambil





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2024 04:31 PM | Show all posts
mmm... maknya pun senang sgt buat anak...

bila baca part beranak dlm bilik air tu... something fishy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037352 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list