CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17595|Reply: 0

[Kedah] Nelayan dikhuatiri lemas ketika menjala udang

[Copy link]
Post time 20-8-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Nelayan dikhuatiri lemas ketika menjala udang


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







Operasi pencarian nelayan yang dikhuatiri lemas ketika menjala udang diteruskan di Kampung Seberang Tandop, Kuala Sala. FOTO IHSAN Polis





Yan: Seorang nelayan dikhuatiri lemas ketika menjala udang di Kampung Seberang Tandop, Kuala Sala di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa, Ahmad Hashim, 71, yang beralamat di Kampung Seberang Kuala Sala, Kota Sarang Semut itu belum ditemukan setakat ini.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku 6 petang semalam.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan membabitkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Yan serta Alor Setar.

"Bomba memulakan pencarian atas permukaan sungai sepanjang Sungai Kuala Sala menggunakan konsep pusingan bot di kawasan kejadian.

"Selaman dilakukan oleh tiga anggota pasukan APM berdekatan lokasi terakhir mangsa dilihat tenggelam, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahnaz berkata, operasi pencarian mangsa diteruskan hari ini.



Disiarkan pada: Ogos 20, 2024 @ 10:23am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1124791/nelayan-dikhuatiri-lemas-ketika-menjala-udang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039434 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list