CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39862|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPT sedia teliti isu kursus pengajian IPT bertindih - Mustapha Sakmud

[Copy link]
Post time 20-8-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode
KPT sedia teliti isu kursus pengajian IPT bertindih - Mustapha Sakmud


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Ogos 20, 2024 @ 3:08pm [email protected]







Mustapha (dua, kanan) menghadiri Konvensyen Pentadbir Universiti Awam (KPUA) sempena Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2024 di Batu Feringghi, hari ini. - Foto NSTP/Aminah Yusof





GEORGETOWN: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil pendekatan terbuka dalam usaha mencari jalan penyelesaian berhubung isu kursus pengajian bertindih yang ditawarkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, berkata pihaknya bersedia meneliti perkara berkenaan dan perbincangan mengenainya dijangka akan diadakan mesyuarat pasca Kabinet minggu ini.

"Memang kita akan meneliti mana-mana kursus yang bertindan kita tidak mahu ada persaingan antara universiti ini akan menyebabkan pelajar kita celaru dan juga mereka tidak dapat fokus mana satu (universiti) mereka nak masuk.

"Nanti kita akan bincang dalam (mesyuarat) post (pasca) Kabinet minggu ini untuk tindakan selanjutnya," katanya selepas menghadiri Konvensyen Pentadbir Universiti Awam (KPUA) di Batu Feringghi, hari ini.

Mustapha turut berpandangan, isu sedemikian tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana dikhuatiri akan merugikan universiti serta pelajar dan perlu diselesaikan sebaik-baiknya.

"Tetapi saya fikir ini akan diselaraskan dalam UPU (Unit Pusat Universiti) kalau ada lagi bertindan maknanya MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) perlu meneliti dan juga memastikan bahawa kita akan kurangkan (pertindihan).

"Jadi saya juga fikir, MQA akan memanggil pihak yang berkaitan untuk membincangkan perkara ini dan selaraskan," katanya.

Katanya, paling penting kursus ditawarkan universiti harus dipacu keperluan industri bagi memastikan kebolehpasaran pelajar selepas mereka menamatkan pengajian kelak.

"Sebab itu penting mana-mana kursus yang kita lihat kebolehpasarannya kurang daripada 30 peratus kita perlu pertimbangkan untuk ubah suai silibusnya," katanya.

Semalam BH melaporkan, MQA mencadangkan kerjasama antara IPT di negara ini untuk menyelaras kursus pengajian supaya tiada lagi jurusan sama atau bertindih ditawarkan, sekali gus menangani isu kekurangan pelajar dan bebanan kos.

Syor itu membabitkan program pengajian yang ada persamaan atau bertindih antara universiti yang boleh diselaraskan dengan membenarkan pelajar menyertai kelas tertentu yang mempunyai subjek atau kursus pengajian sama di IPT lain.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1287425/kpt-sedia-teliti-isu-kursus-pengajian-ipt-bertindih-mustapha-sakmud






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.232322 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list