CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40835|Reply: 0

[Perlis] Lelaki baru keluar penjara ditahan bersama ganja lebih RM9,000

[Copy link]
Post time 20-8-2024 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki baru keluar penjara ditahan bersama ganja lebih RM9,000

20 Ogos 2024 03:30pm




Seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari penjara pada Februari lepas ditahan polis bersama rampasan dadah jenis ganja seberat 2.85 kilogram (kg) bernilai RM9,300 di hadapan sebuah kedai wakil insurans di Jalan Padang Besar, Padang Besar dekat sini pada Ahad lepas. Gambar hiasan




KANGAR - Seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari penjara pada Februari lepas ditahan polis bersama rampasan dadah jenis ganja seberat 2.85 kilogram (kg) bernilai RM9,300 di hadapan sebuah kedai wakil insurans di Jalan Padang Besar, Padang Besar dekat sini pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kedah lebih kurang jam 12.05 tengah hari semasa lelaki berkenaan sedang duduk di atas sebuah motosikal di hadapan kedai itu.



"Hasil pemeriksaan dijalankan ke atas suspek didapati satu bungkusan plastik bertangkai di tangan kirinya dan pemeriksaan lanjut di dalam beg plastik itu menjumpai satu bungkusan plastik lutsinar diikat dengan benang disyaki dadah jenis ganja seberat 950 gram dan dua bungkusan plastik lutsinar berbalut kertas disyaki juga dadah jenis ganja seberat 1,900 gram,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Shokri berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki itu dipercayai mengambil upah daripada seorang lelaki warganegara jiran sebanyak RM500 bagi membawa masuk dadah itu.


"Dadah dirampas ini boleh digunakan oleh 2,850 orang pengguna dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah, manakala ujian saringan awal urin suspek positif dadah jenis methamphetamine dan dia direman tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/681227/berita/semasa/lelaki-baru-keluar-penjara-ditahan-bersama-ganja-lebih-rm9000


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034968 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list