CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41363|Reply: 3

[Kedah] Mayat kanak-kanak mungkin ada kaitan dua mayat ditemui semalam - Polis

[Copy link]
Post time 20-8-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Mayat kanak-kanak mungkin ada kaitan dua mayat ditemui semalam - Polis


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 20, 2024 @ 5:34pm [email protected]







Polis menemui mayat kanak-kanak dipercayai warga Rohingya di Pantai Kuala Kedah. - Foto BH/WAN NABIL NASIR





ALOR SETAR: Polis percaya mayat kanak-kanak lelaki ditemui di Pantai Leman, Kuala Kedah, hari ini ada kaitan dengan pembunuhan dua beranak.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah, berkata siasatan mendapati terdapat kesan kecederaan seperti dikelar pada leher kanak-kanak warga Myanmar berusia dua tahun itu.

Katanya, mangsa dipercayai anak bongsu kepada lelaki warga Myanmar berusia 43 tahun yang ditahan polis di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang, di sini yang disyaki membunuh isteri dan anak sulungnya yang berusia 10 tahun.

Beliau berkata, mayat dua beranak itu ditemui semalam dalam longkang di belakang bangunan terbiar berhampiran Pekan Simpang Kuala, di sini.

"Berdasarkan keterangan saksi, ada yang mendakwa ternampak kelibat suspek bersama seorang anaknya berjalan di sekitar kawasan Jalan Pegawai itu.

"Namun, anak bongsunya tidak kelihatan tetapi saksi mengatakan ketika itu terdengar bunyi seperti orang terjun pada hari kejadian," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Adzli berkata, polis percaya semua mangsa yang ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh pada 18 Ogos lalu, sebelum mayat ibu dan anak ditemui semalam.

Beliau berkata, suspek ditahan di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang itu ketika bersama anak lelakinya berusia lima tahun dan mereka dipercayai berjalan kaki sejauh kira-kira 17 kilometer dari Simpang Kuala Ke Bukit Pinang.

"Berdasarkan keterangan saksi, lima beranak itu termasuk suspek sebelum ini tinggal di bawah jambatan sebelum berpindah ke bangunan terbiar di lokasi dua beranak ditemui semalam.

"Hasil siasatan mendapati, suspek positif dadah jenis syabu, ganja dan morfin.

"Siasatan masih dilakukan untuk mengetahui punca kejadian berlaku. Kita tidak menolak berkemungkinan disebabkan keadaan daif mereka, selain di bawah pengaruh dadah," katanya.

Adzli berkata, polis turut merampas sebilah parang dan akan dihantar untuk dianalisis.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1287505/mayat-kanak-kanak-mungkin-ada-kaitan-dua-mayat-ditemui-semalam-polis






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2024 05:53 PM | Show all posts


kredit - BH.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 05:56 PM | Show all posts
lahhhh daif2 pon mendadih jugak. bodoh punya rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 04:40 PM | Show all posts
aduhaiiii seram sebab lalu jalan tu hari2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.042278 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list