CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35525|Reply: 0

[Kedah] Air pasang besar, ombak kuat landa Kuala Kedah, Yan

[Copy link]
Post time 21-8-2024 12:07 AM | Show all posts |Read mode
Air pasang besar, ombak kuat landa Kuala Kedah, Yan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Ogos 20, 2024 @ 10:06pm [email protected]







Keadaan ombak yang kuat berikutan air pasang besar yang melanda di Pantai Leman, Kuala Kedah.- Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli





ALOR SETAR: Kejadian air pasang besar yang berlaku hari ini menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Kedah dan Yan dinaiki air.

Tinjauan di Kuala Kedah mendapati, air naik dengan cepat menyebabkan kawasan Pekan Kuala Kedah termasuk di pelantar ikan Kampung Seberang Kota dinaiki air sekitar jam 12.30 tengah hari hingga 1.45 tengah hari.

Selain itu, ombak yang kuat berserta angin kencang turut menyebabkan bot nelayan kecil tidak dapat turun ke laut menangkap ikan.

Dalam pada itu, kawasan daerah Yan iaitu Kampung Kuala Dulang Besar, di sini hari ini menyebabkan lima rumah di kawasan itu dinaiki air.

Kejadian jam 12 tengah hari itu menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan barangan dalam rumah selain perabot ditenggelami air.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Penduduk, Ismail Ahmad, 57, berkata fenomena air pasang besar yang berlaku kali ini agak luar biasa berbanding sebelum ini kerana air laut naik dengan cepat.

Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan barangan dan tenggelam dalam air.

"Sewaktu kejadian berlaku, saya dan isteri, Aminah Hassan, 53, berada di dapur namun terkejut apabila mendapati rumah kami dinaiki air dan air masuk dengan laju.

"Tidak sampai 10 minit, air laut bersama selut turut masuk ke dalam dan kami hanya mampu melihat," katanya.

Penduduk lain, Mohamad Fazam Abdul Rahim, 33, berkata, rumahnya berada di kawasan agak tinggi menyebabkan sukar dimasuki air pasang besar namun fenomena air pasang besar kali ini telah menyebabkan banjir kilat dan air memasuki kediamannya pada paras buku lali.

"Ketika kejadian, saya dan isteri Norsyamirah Shahril, 33, berada di luar rumah selepas tidak sedap hati melihat paras air laut yang pasang semakin menghampiri rumah kami.

"Biasanya, apabila berlaku air pasang besar, air laut tidak melepasi benteng batu yang terletak di belakang rumah namun kali ini telah menyebabkan banjir kilat hingga memasuki rumah kami diami," katanya.

Dia yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, turut mengalami kerugian apabila gagal menyelamatkan pelbagai barangan elektrik dan perabot dalam kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada jam 1 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi untuk melakukan tinjauan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, air pasang besar itu turut disertai angin kencang sehingga menyebabkan banjir kilat dan lima buah rumah terjejas.

"Bagaimana pun air sudah mula surut dan tiada kemalangan jiwa diterima setakat ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1287643/air-pasang-besar-ombak-kuat-landa-kuala-kedah-yan






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.038733 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list