CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41461|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peniaga nafi rosakkan papan tanda Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bukit Bendera

[Copy link]
Post time 21-8-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga nafi rosakkan papan tanda Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bukit Bendera


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







GANESAN (baju hijau) didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan papan tanda sebuah pusat khidmat rakyat di Tanjung Tokong. FOTO Zuhainy Zulkiffli





Georgetown: Peniaga didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan papan tanda pusat khidmat rakyat di Tanjung Tokong, Jumaat lalu.

Tertuduh, S Ganesan, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Basri.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan papan tertera gambar Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid milik Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bukit Bendera dan menyebabkan kerugian bernilai RM680.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bukit Bendera di 7A Medan Fettes, Tanjung Tokong dalam Daerah Timur Laut pada jam 8.13 malam, 16 Ogos lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Syairah Aqilah memohon mahkamah supaya mengenakan hukuman denda setimpal.

Namun tertuduh merayu hukuman minimum berikutan mempunyai isteri berstatus orang kurang upaya (OKU) dan berpendapatan sebanyak RM40 sehari selain menghidap asma.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 7 Oktober depan bagi serahan dokumen dan melantik peguam.

Harian Metro pada Sabtu lalu melaporkan, Syerleena membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut berhubung kerosakan papan tanda di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Bendera.



Disiarkan pada: Ogos 21, 2024 @ 2:00pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1125322/peniaga-nafi-rosakkan-papan-tanda-pusat-khidmat-rakyat-parlimen-bukit





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.041654 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list