CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41412|Reply: 0

[Kedah] JKM tempatkan seorang lagi anak suspek kes bunuh tiga beranak di tempat selamat

[Copy link]
Post time 21-8-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode
JKM tempatkan seorang lagi anak suspek kes bunuh tiga beranak di tempat selamat


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap kebajikan wanita, Keluarga dan Masyarakat Perpaduan negeri Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad melawat kanak kanak tersebut pada sidang media mengenai seorang kanak kanak Rohingya yang diselamatkan daripada bapanya suspek kes pembunuhan 3 beranak di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah. FOTO WAN NABIL NASIR





Alor Setar: Kanak-kanak lelaki etnik Rohignya warga Myanmar berusia lima tahun, yang juga anak kepada suspek kes bunuh membabitkan isteri dan dua anaknya, akan ditempatkan di lokasi selamat untuk jagaan sementara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah.

Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Perpaduan negeri, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) petang semalam, untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Beliau berkata, mangsa masih trauma, namun masih boleh bersembang dengan pegawai JKM.

"Nampak tadi, kita bagi barang mainan padanya dan dia mahu bermain, malah apabila kita tanya apa pun dia mahu jawab.

"Dia beritahu, bapa dia (suspek) sangat sayang pada dia, mungkin sebab itu kot dia tidak diapa-apakan pada hari kejadian," katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JKM Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin.

Halimaton Shaadiah berkata, berdasarkan keadaan kanak-kanak itu, dia mungkin mengalami trauma.

Katanya, terdapat kesan luka lama di bawah pipi mangsa, tetapi itu perkara biasa dan mungkin disebabkan dia tidak mendengar kata atau sebaliknya kerana masih kanak-kanak.

"Dia seperti berada dalam dunia dia sendiri dan tidak seperti kanak-kanak tempatan di kampung yang akan murung jika mengalami nasib seperti ini.

"Namun, JKM bersedia untuk memberi khidmat kaunseling kepadanya supaya dia dapat melupakan apa yang berlaku," katanya.

Halimaton Shaadiah berkata, JKM mengalu-alukan komuniti warga Myanmar ini sekiranya hendak mengambil kanak-kanak ini kerana pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) tidak boleh dijadikan anak angkat kerana mereka bukan warganegara.



Disiarkan pada: Ogos 21, 2024 @ 9:12am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1125174/jkm-tempatkan-seorang-lagi-anak-suspek-kes-bunuh-tiga-beranak-di-tempat





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039856 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list