CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44033|Reply: 0

[Kedah] Motosikal roda tiga jadi 'rumah' lelaki OKU

[Copy link]
Post time 25-8-2024 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-8-2024 01:02 PM

Motosikal roda tiga jadi 'rumah' lelaki OKU

OlehROSHILA MURNI ROSLI

25 Ogos 2024 12:25pm




Ismail Zaki tidur di atas motosikalnya sejak menjalani dialisis empat bulan lalu.




ALOR SETAR - Sebuah motosikal roda tiga menjadi 'rumah' buat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di bandar raya ini sejak menjalani dialisis untuk merawat penyakit buat pinggang empat bulan lalu.

Ismail Zaki Abdul Razak, 59, berkata, dia perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk ke Hospital Alor Setar dari rumahnya yang terletak di Alor Sekawan, Tajar.



Justeru, katanya, dia mengambil keputusan tidak pulang ke rumah dan berniaga makanan ringan di atas motosikalnya di beberapa lokasi sekitar Alor Setar setiap hari.

]
Ismail Zaki akan berada di beberapa lokasi setiap hari untuk berniaga.



"Pada waktu pagi saya akan berada di Restoran Top D' Alor Setar sehingga jam 3 petang, kemudian pada jam 4 petang saya akan ke Restoran Pine 2 di Simpang Kuala, sehingga jam 11 malam sebelum bergerak ke Pasar Borong sehingga pagi," katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.


Menurutnya, dia akan tidur di atas motosikalnya sekiranya penat atau mengantuk.

"Ini rutin saya setiap hari, kiranya saya berniaga 24 jam. Tindakan ini memang tak baik untuk kesihatan saya, tapi saya terpaksa, sebab saya pun tinggal seorang diri selepas bercerai dengan isteri," ujarnya.


Ismail Zaki berkata, dia berstatus OKU sejak 20 tahun lalu selepas kaki kirinya dipotong pada tahun 2003.

"Kemudian pada tahun 2023 kaki sebelah kanan pula dipotong. Sejak empat bulan lalu saya perlu menjalani dialisis selepas disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

"Saya hampir berputus asa untuk hidup, namun saya bernasib baik ada ramai yang masih beri sokongan kepada saya termasuk kakitangan di tempat saya dialisis," katanya.

]
Ismail Zaki mengeluarkan modal sebanyak RM100 untuk menghiasi motosikalnya sempena Hari Kebangsaan.




Menurutnya, melalui sumbangan motosikal yang diterima daripada isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu dia mendapat idea untuk menjadikan motosikal berkenaan sebagai kedai runcit bergerak.

"Kalau ikutkan jualan saya ini tidak untung sangat, cuma ramai yang bersedekah kepada saya, jadi dapat RM50-RM60 sehari," katanya.

Jelasnya, dia turut berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang memberi bantuan kepadanya sejak bergelar OKU.

"Saya juga berterima kasih kepada pemilik syarikat Johan Group yang memberi bantuan RM150 setiap bulan kepada saya.

"Saya bersyukur masih ada orang yang prihatin dengan nasib saya. Malah, ke mana saya pergi, saya sentiasa berjumpa dengan orang yang baik-baik," katanya.

]
Motosikal Mohd Zaki yang dihiasi Jalur Gemilang dan bendera negeri Kedah mencuri perhatian orang ramai.




Dalam pada itu, sempena sambutan Hari Kebangsaan, Ismail Zaki turut tidak melepaskan peluang menghias motosikalnya dengan bendera.

Katanya, dia mengeluarkan modal sebanyak RM100 untuk membeli bendera dan mengupah rakan memasang bendera.

"Ini kali pertama saya hiasi motosikal dengan bendera, sebab tiba-tiba terdetik di hati saya, saya rakyat Malaysia tapi saya tak buat apa pun bila tiba hari merdeka.

"Jadi ini saja usaha kecil saya dengan keluarkan sedikit duit hasil jualan untuk beli bendera," katanya.

Menurutnya, pada 31 Ogos ini dia akan berada di sekitar Alor Setar termasuk di lokasi tumpuan orang ramai ketika sambutan Hari Kebangsaan.

Sementara itu, kepada orang ramai yang ingin membantu Ismail Zaki, boleh menghubunginya di talian 01121473216.

https://www.sinarharian.com.my/article/682194/edisi/utara/motosikal-roda-tiga-jadi-rumah-lelaki-oku


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.340884 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list