View: 38618|Reply: 0
|
[Johor]
Imigresen hantar pulang 154 warga asing
[Copy link]
|
|
Seramai 154 tahanan Depot Imigresen Pekan Nenas dari pelbagai negara telah dipindahkan ke negara asal, minggu lalu. - Foto Imigresen Johor
JOHOR BAHRU: Seramai 154 tahanan Depot Imigresen Pekan Nenas dari pelbagai negara dipindahkan ke negara asal, minggu lalu.
Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Johor dalam hantaran di Facebook berkata, mereka yang dipindahkan adalah 82 tahanan warga Myanmar, 50 (Indonesia), 20 (Bangladesh) dan dua Singapura.
Semua tahanan ini dipindahkan ke negara asal masing-masing melalui Terminal 1 KLIA, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Terminal Feri Stulang Laut di sini.
Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Johor berkata mereka yang dihantar pulang adalah 82 tahanan warga Myanmar, 50 (Indonesia), 20 (Bangladesh) dan dua Singapura. - Foto Imigresen Johor
Menurut Imigresen Johor, semua tahanan yang dipindahkan telah dikeluarkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke negara asal oleh kedutaan masing-masing.
Pembiayaan tiket bagi setiap penghantaran pulang tahanan adalah melalui simpanan tahanan dan sumbangan ahli keluarga masing-masing.
"Penghantaran pulang tahanan ini dilaksanakan selepas semua tahanan selesai menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan termasuk Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Disenarai hitam dan tidak dibenarkan masuk semula ke Malaysia
"Mereka yang dihantar pulang ke negara asal ini telah disenarai hitam dalam sistem jabatan dan tidak dibenarkan untuk memasuki semula ke negara ini atas apa juga tujuan mengikut tempoh yang telah ditetapkan," jelas kenyataan itu.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|