CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21107|Reply: 1

[Kedah] Nur Maisarah, pelajar cemerlang UIAM terpaksa tangguh pengajian akibat kanser tahap 4

[Copy link]
Post time 26-8-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Nur Maisarah, pelajar cemerlang UIAM terpaksa tangguh pengajian akibat kanser tahap 4


Zuliaty Zulkiffli - Ogos 26, 2024 @ 11:21am [email protected]







Nur Maisarah Saaid Azlan (kiri) menunjukkan Anugerah Dekan UIAM diterimanya kepada Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang menziarahinya di rumah di Taman Lembah Bujang, Merbok, Sungai Petani, Kedah. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI





SUNGAI PETANI: Seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terpaksa menangguhkan pengajian akibat kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya sejak setahun lalu.

Nur Maisarah Saaid Azlan, 23, pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Seniguna dan Reka Bentuk di kampus UIAM di Gombak, Selangor, terpaksa mengambil keputusan itu untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Anak kedua daripada empat beradik ini yang pernah memperoleh anugerah dekan, dikesan menghidap kanser itu selepas batuk teruk dan kerap demam. Pada awal pemeriksaan di Hospital Selayang, doktor menyangka ia penyakit tibi sebelum ujian darah mengesahkan ia kanser limfoma hodgkin.

Untuk rawatan, Nur Maisarah yang kematian bapa, Azlan Said akibat serangan jantung ketika dia berusia 10 tahun, perlu mengeluarkan belanja bagi membiayai kos ulang-alik ke hospital kerana ibunya, Hafeizan Abu Zarin, 46, tidak bekerja.

Abangnya, Muhamad Danial, 25, juga penuntut UIAM kini menjalani latihan amali di sini, manakala adik, Muhamad Adam, 18, belajar kulinari di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Negeri Sembilan dan seorang lagi, Nur Marsya, 15, masih bersekolah di madrasah tahfiz di Terengganu.

"Ketika di UIAM, saya bekerja sambilan di sebuah kafe di Gombak selepas habis kelas dengan upah RM7 sejam. Duit gaji digunakan untuk membayar belanja penginapan di asrama, manakala yuran pengajian pula guna pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Namun, selepas doktor beritahu kanser makin merebak, saya ambil keputusan pulang ke kampung untuk sambung rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar. Setakat ini, saya sudah jalani enam pusingan pertama kemoterapi dan pusingan kedua tidak lama lagi," katanya.

Ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Lembah Bujang, Merbok, di sini hari ini, Nur Maisarah berkata, ibu akan menghantarnye ke HSB dan dia tidak ditemani sesiapa sepanjang dalam wad rawatan.

"Ibu perlu pulang untuk uruskan rumah dan dia juga mengambil tempahan kek, bergantung pada permintaan, selain melakukan apa juga kerja sampingan untuk membesarkan kami," kata pelajar cemerlang ketika di Sekolah Menengah Khir Johari, di sini.

Nur Maisarah yang juga pernah bekerja sambilan di sebuah kafe di sini selepas menangguhkan pengajian, selain membantu ibu menjual kek bagi mengumpul wang membiayai kos rawatan serta ulang alik ke HSB, akan ke Hospital Ampang di Kuala Lumpur bulan depan untuk rawatan transplan.

"Saya akan ke Kuala Lumpur seorang diri dengan bas ekspres. Saya kena kuatkan semangat untuk meneruskan rawatan walaupun terpaksa bekerja sambilan untuk mendapatkan wang bagi membiayai kosnya.

"Saya rindukan kawan-kawan di UIAM, teringin nak teruskan pengajian yang masih ada tiga semester lagi. Apakan daya, saya perlu rawat penyakit ini dahulu kerana sudah tahap empat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal turut menghulurkan sumbangan Tabung Sedekah Jumaat CSM dan barangan keperluan dapur untuk keluarga Nur Maisarah bagi meringankan beban mereka.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1290122/nur-maisarah-pelajar-cemerlang-uiam-terpaksa-tangguh-pengajian






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 01:36 AM | Show all posts
Semoga segala rawatan beliau berjalan dengan lancar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.137059 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list