CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12536|Reply: 0

[Perlis] Petani resah serangan ulat gulung daun

[Copy link]
Post time 27-8-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Petani resah serangan ulat gulung daun


Aizat Sharif[email protected]







ULAT gulung daun yang sering berada dalam daun padi perlu dihapuskan dengan cepat kerana ia dapat membiak dengan banyak serta merosakkan tanaman padi. FOTO Aizat Sharif




Kangar: Serangan ulat gulung daun kini turut melanda beberapa kawasan penanaman padi di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di negeri ini.

Keadaan itu mengakibatkan kerosakan pokok dan merencat pertumbuhan padi sekali gus mengurangkan hasil pendapatan petani dalam jangka masa panjang.

Kemunculan ulat gulung daun atau dikenali sebagai ulat putih ini sudah menjadi kelaziman dalam kalangan pesawah padi di negeri itu setiap kali musim penanaman padi.

Petani Ku Hashiam Ku Bakar, 66, yang mengusahakan tanaman padi seluas dua hektar di Permatang Keriang, Simpang Empat, di sini, berkata serangan ulat gulung daun ini dikesan berlaku sejak dua minggu lalu.

"Kita lihat serangan ulat ini agak mendadak pada musim ini kerana memanglah setiap musim akan berlaku perkara seumpama ini, namun ia tidaklah begitu ketara seperti pada musim ini.

"Serangan seumpama ini mampu menjejaskan hasil petani di mana pendapatan menjadi merosot berbanding musim lalu berikutan banyak hasil padi yang rosak.

"Ulat gulung daun ini dipercayai datang dari hama rama-rama yang bertelur di dedaun padi yang kemudiannya membiak dalam cuaca yang tidak menentu," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E1 Simpang Empat itu berkata, sebagai langkah kawalan, semburan racun dilakukan di beberapa bahagian sawah padinya bagi mengelakkan kerosakan padi yang lebih banyak.

Sementara itu, Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan negeri, Razali Saad berkata, setiap musim penanaman padi, masalah terbabit akan timbul, namun ia tidak serius seperti musim ini.

Menurutnya, pada musim ini, serangan ulat gulung daun ini dilihat agak serius dan meningkat berbanding musim lalu.

"Penanaman padi musim 1/2024, sebanyak 700.19 hektar kawasan didapati terjejas akibat serangan ulat ini berbanding musim 1 tahun lalu yang dianggarkan sekitar 698 hektar sahaja.

"Walaupun hanya 20 peratus sahaja daripada keluasan keseluruhan kawasan tanaman padi Mada, namun ia menjejaskan pendapatan sekitar 352 petani di kawasan ini lebih-lebih lagi di kawasan E1 Simpang Empat.

"Kerajaan negeri sudah berhubung dengan agensi pertanian berkaitan dalam mencari penyelesaian kepada masalah ini," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 27, 2024 @ 12:52pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1127498/petani-resah-serangan-ulat-gulung-daun





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.039848 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list